Monday, 14 January 2019

SASTERAWAN NORHISHAM MUSTAFA DALAMM DUPA KENANGAN



SASTERAWAN NORHISAM MUSTAFA DALAM DUPA KENANGAN


Lewat petang Jumaat, 23 November 2018 bersamaan dengan
15 Rabulawal 1415, saya menerima mesej singkat dalam WhatsApp dengan sekeping foto memberitahu Sasterawan Norhisam telah dijemput Ilahi.

Inalillahi Wainnailahi rojiun

Saya ingin menghubungi beberapa orang teman-teman penulis untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang berita kematian tersebut, tapi saya tidak dapat berbuat demikian, kerana beberapa orang penulis yang alamatnya ada dalam simpanan handfon saya telah tidak ada lagi, kerana  saya terpaksa menukar handfon saya yang bermasalah itu dengan handfon yang baru  yang kosong. Saya cuba menghubungi salah seorang dari mereka yang nombor talifonnya ada dalam simpanan saya, tapi malangnya tidak ada respon langsung.
Saya teringat tidak berapa lama sebelum itu saya pernah menelefon Allahyarham Norhisam untuk bertanya khabar kerana sudah lama tidak bertemu, kerana jemputan saya untuk makan di rumah sebelum itu terpaksa ditolak oleh beliau kerana katanya  beliau dan sdra Dharma akan menghadiri majlis perkahwinan anak kenalannya pada hari yang sama. Lain kali sajalah katanya sambil mengucap terima kasih. 

Saya telefon beliau beberapa hari kemudiannya, juga brmaksud untuk mengundang beliau dan Dharma dan beberapa orang lagi datang ke rumah, kerana kami akan mengadakan majlis kesyukuran.

Setelah mengenali suara saya beliau langsung memberitahu dengan suara yang lemah bahwa beliau sedang sakit, iaitu sakit yang ditanggungnya sejak sekian lama.
Selanjutnya beliau memberitahu, beliau telah menjalani pemeriksan doktor, dan memberitahu beliau mungkin akan menjalani pembedahan jantung bypas.

“O!” Katanya , “Kita tak mahulah” saya berperasaan semacam beliau mengeleng-gelangkan kepalanya tidak bersetuju ketika mengucap kata-kata itu. “Nak buat macam mana, kita sabar sajalah dengan ujian Allah......”. 

Saya merasa terharu mendengar kata-katanya yang beremosi. Kemudian beliau menyambung, “Abe tak menulis rencana lagikah.....”.

Saya jawab, tapi saya mendengar dia merungut, “Dah tak dengar dah telefon ni...”, saya faham maksudnya lain telefonnya telah terganggu, macam lain telefon di rumah saya terpaksa pindah dari setempat ke setempat mencari lain bila orang di hujung sana tidak mendengarnya. Suaranya makin lama makin sayup kedengaran, kata-katanya yang terakhir sayup-sayup saya dengar ialah,”Tak dengar dah”,  diikuti dengan telefon dimatikan.
Beberapa hari kemudian, kami berhubung melalui mesej handfon, dan mesej-mesej itu masih belum saya padamkan.
Mesej pertama amat singkat, dan mengharukan, berbunyi:
“Masuk Wad 1 Selatan HUSM”.

Saya tidak sempat mengunjunginya di hospital kerana terlalu lewat membaca mesej itu.
Kemudian pada 21 Oktover saya menerima mesej yang kedua berbunyi:

“Salam. Maaf Abang Zain, baru mampu ghoyat. Tubit wad dah. Lo ni duduk di rumah. Tapi pagi besok dan pagi lusa kena gi USM lagi, ambil darah”

Saya jawab mesej itu dengan secebis doa:
“Ya Allah limpahilah rahmat Mu ke atas hamba Mu ini. Permudahkanlah segala urusannya”.

Dan beliau menjawab:
“Terimakasih abe. Wassalam”.

Pada 25 Oktover saya hantar lagi mesej kepada beliau
“Didoakan semoga dikurniakan perkembangan yang memberangsangkan”.

Beliau membalasnya ringkas:
T.K.Insya Allah”.

Pada 28 Oktover 2018,saya kirim mesej kepadanya berbunyi:
“Didoakan semoga sentiasa berada di bawah rahmat Allah. Ada perkembangan terbaikkah?”.

Beliau membalas mesej itu yang berbunyi:
“T.K.Masih bertahan. Rasanya sedikit kuat dalam keadaan laih ni”.

Sejak hari itu desakan hati saya untuk berkunjung ke rumah beliau tambah berkobar, untuk melihat keadaan beliau dengan mata kepala sendiri kian mendesak. Tapi keinginan itu terpaksa ditunda-tunda kerana keadaan tidak mengizinkan. Tunggu sedikit masa lagi, sehingga keadaan mengizinkan.

Justeru pada hari  Ahad 5 Oktover, saya utuskan mesej sekali lagi kepada belaiu:
“Semoga Allah limpahkan selamat sejahtera dan rahmatNya ke atas Noor. Apa kabar.Didoakan sentiasa aman, dan sentosa sepanjang masa”.

Mesej saya itu tidak pernah berjawab, sehinggalah saya mendapat berita beliau telah dijemput Ilahi pada hari Jumaat, 23 November 2018.

Dari Allah kita datang,kepada Allah kita kembali.

Justeru waktu senja telah berlabuh, saya dan keluarga, anak,menantu dan cucu-cucu hanya sempat pergi ke rumah beliau pada keesokan harinya.
Dalam kunjungan singkat itu, sempat bertemu sekejap mata  dengan isteri Allahyarham, Pauziah Mah Mad Zain, yang memberitahu  Norhisam Mustafa 68 tahun meninggal dunia, pada pukul 2.14 petang Jumaat akibat kegagalan buah pinggang dan paru-paru berair di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Beliau meninggal di hadapan isterinya, tiga orang anak-anaknya dan ahli keluarga yang terdekat.

Isterinya memberitahu sebelum itu Allahyarham berada dalam keadaan kritikal dan hanya bergantung kepada bantuan pernafasan dan mesin dialisis selama dua hari.

Jenazah Allahyarham disembahangkan di Masjid Kg. Pauh, Pasir Mas, tidak jauh dari rumahya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam selepas Isyak pada malam itu juga.
Allahyarham dilahirkan di Kampung Gual Periok Rantau Panjang,dan aktif menulis sejak berusia 15 tahun lagi. 
Beliau menghasilkan aneka jenis genere karya, seperti cerpen, novel, drama radio, drama tv serta aneka jenis rencana.
Saya percaya beliau menggunakan lebih dari sebuah nama pena Alang Putat, kerana ketika saya mempelawa beliau menulis sebuah rencana untuk sebuah  tabloid politik yang saya kendalikan, seingat-ingat saya beliau menggunakan nama samaran yang berlainan. 
Saya telah lama mengenali beliau, sejak tahun1960an lagi,iaitu ketika saya bertugas di Pustaka Dian yang menerbitkan Majalah Dian dan Mingguan Kota Bharu.

Kemudian atas arahan Dato’ [UstazYacob] saya mengundang beliau untuk bertugas bersama saya di bahagian sidang redaksi  Mingguan Kota Bharu yang waktu itu sedang populer. Redaskinya waktu itu, hanya seorang, iaitu Mohd Zain Saleh [Razin M.S], bertugas sebagai solo mengendalikan tabloid mingguan itu. Beliau bertugas sebagai pengarang, pemberita, pembuat layout, jurugambar dan sebagainya.

Untuk kenangan terhadap  beliau yang singkat ini saya hanya menggetus satu cebisan episod sahaja untuk tatapan para pembaca dan khususnya sahabat-sahabat dan peminat-peminat beliau yang amat terasa akan kehilangan tokoh sastrawan ini.
Innalillahi waninilahi rojium.
Norisham tidak begitu lama bersama saya di Syarikat Dian Berhad, kerana satu perkara yang tidak diduga sama sekali telah berlaku dengan mendadak. Peristiwa yang memalukan ini telah menimpa kami berdua.Subhanallah.
Mingguan Kota Bharu tabloid yang sedang populer itu telah diberhentikan secara mendadak oleh Ustaz Yusof Zaky Yaacob kerana termakan dengan hasutan fitnah, sedangkan pada masa itu beliau sedang merancang untuk melebarkan pemasarannya ke Utara.

Saya ingin menceritakan peristiwa ini secara singkat sahaja. Pada suatu pagi yang tidak saya lupakan, beliau telah memanggil saya [di mana rumah saya berada di belah rumahnya di Kampung Paya Purnama] untuk”morning walk”.. Ini tidaklah pelik kerana sebelum itupun kami sering morning walk besam. Sambli berjalan itu hampir kami tidak berbual apa-apa seperti lumrah. Tidak berapa jauh kami berjalan sebagaimana biasa, beliau mengajak kami berpatah balik. Saya hanya akur.

Bila tiba hampir dekat rumah, beliau memberitahu sesuatu yang amat mengejut. Macam mendengar petir di tengah hari yang panas terik. Katanya beliau telah diberitahu, bahawa saya melakukan kerja-kerja yang tidak wajar, mengambi kesempatan terhadap beberapa orang gadis, dengan mengutamakan tulisan-tulisan mereka dan menjalinkan hubungan sulit dengan mereka.

[Beliau menyebut nama pelapur tersebuat, tapi saya tidak ingin menyebutnya di sini, seorang dari dalam dari kalangan kami dan yang memang telah lama irihatikan saya dan seorang dari luar yang tidak menyenangi Norisham berhubung dengan  suatu persoalan yang masih hangat menjadi polemik antara keduanya di meddia masa pada waktu itu. Biarlah Allah menjadi saksinya nanti.

Kemudianny dalam pertemuan dengan Norisham lama selepas kejadian tersebut, beliau memberitahu saya, ada dua orang gadis yang dilibatkan terhadap kami dalam fitnah itu, seorang untuk beliau dan seorang untuk saya. Beliau menyebut nama kedua-dua gadis itu, dan yang untuk saya itu memang saya hanya pernah menyiar sebuah sajak hasil dari karya beliau dalam Mingguan Kota Bharu, dan sampai ke hari pun saya masih belum mengenal beliau dengan dekat, selain dari nama dan ayahnya. Saya enggan menyebutnya di sini].

Kesimpulannya dalam perjalanan singkat itu Ustaz [Dato’] Yusof Zaky telah membuat keputusan menamatkan penerbitan Mingguan Kota Bharu dengan sertamerta. Itu yang diberitahu keputusannya kepada saya. Saya minta tangguh untuk satu keluaran yang telah siap saya sediakan uuntuk dicetak dan membuat sedikit pengumuman tentang penutupan itu].

Saya merasa amat tidak adil, kerana sepatutnya dijalankan pemeriksaan lebih lanjut terletbih dulu dengan teliti benar atau tidaknya  fitnah-fitnah itu daripada mengambil tindakan yang begitu drastik. Tapi apa boleh buat......

Maka dengan itu Norisham terpakasa meninggalkan Syarikat Dian, dan saya masih berada di situ dalam keadaan yang terpukau, tapi hubungan saya dengan norisham tetap terus berjalan seperti biasa sehingga ka akhir hayatnya.

Demikianlah secebis kenangan yang merupakan asam garam kepada kami sebagai penulis untuk renungan pembaca dan peminat sekalian.

Dan dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Semoga Allah cucuri rahmat keatasnya.


8 Disember, 2018