Sunday, 24 February 2019




RAHSIA  KOLAH



Pada suatu hari ketika keluar dari masjid selepas solat Zohor di Masjid Al-Qasimi, Pt., seorang wanita muda bertanya saya, adakah masjid itu menggunakan kolah.


“Tak ada”, jawab, kerana masjid itu memang tidak berkolah. “Kenapa? Nak ambil airkah?” Tanya saya. Beliau mengiakannya.


Lalu saya memberitahunya ada beberapa buah masjid lain yang seingat-ingat saya ada mempunyai kolah.


Ini bukan pertama kali orang menanya saya tentang masjid yang ada kolah, kerana mereka memerlukan air kolah.


Kebanyakan anak-anak zaman sekarang tidak mengetahui apa itu kolah, kerana mereka mungkin tidak pernah mendengar perkataan tersebut atau mendengar tapi tidak pernah melihat kolah dengan mata kepala mereka sendiri.


Kolah itu satu tempat takungan air seperti kolam yang diperbuat daripada simin dan batu, kebanyakannya terdapat di masjid-masjid, surau-surau dan madrasah masa dulu bisanya yang tidak mempunyai bekalan air paip.


Sedangkan air salah satu bahan penting dalam peribadatan Islam.


Ia digunakan untuk membersihkan atau menyucikan dari hadas kecil dan besar, atau membersih ruhani dan jasmani. Kerana air adalah satu bahan yang penting untuk menyucikan najis-najis dan hadas dan lain-lain lagi.


Untuk membolehkan air kolah itu digunakan untuk tujuan bersuci tersebut, maka kolah itu mestilah dibina mengikut peraturaan-peraturan yang telah ditetapkan, kalau tidak air daam kolah itu tidak boleh dipergunakan untuk tujuan tersebut.


Syaratnya yang penting ialah kolah tersebut mestilah dibina mengikut ukuran tertentu dan mengandungi air mengikuti sukatan atau timbangan yang tertentu


Kalau dulu biasanya menggunakan sukatan tin minyak tanah atau minyak ganas, iaitu bahan bakar yang digunakan sebelum ada gas seperti sekarang. Justeru itu air tersebut mestilah sebanyak 92/3 tin minyak tanah, yang dapat memenuhi paras kolah sedalam  221/2 inci, lebar 221/2 inci dan panjangnyas 221/2 inci, iaitu berbentuk empat persegi.


Kalau ditimbang pula air itu seberat 500 kati Baghdad [timbangan yang digunakan dimasa yang lalu sebgai cupak Basghdad, iaitu sema dengan sebanyak 3301/2 kati timbangan Malaysia.


Justeru kolah-kolah tersebut dibina dengan ukuran dapat memmuat air lebih dari satu kolah,


Di masjid, di surau air dalam kolah itu digunakan untuk mengambil wudhuk dan membersih najis. Kecil atau besar.


Tapi orang tadi mencari air kolah tadi untuk tujuan perubantan tradsiona. Perawat-perawat tradisional biasanya memerlukan air kolah sebagai bahan ubat, terutama membuat tawar dan seumpamanya.




Isnin 
25febuar, 2019

Saturday, 9 February 2019

HUSDAINI KEMBALI KE PANGKUAN ILAHI






HUSDAINI @ MAT DAUD MAMAT TELAH PERGI KE PANGKUAN ILAHI


Husdaini alias Mat Daud Mamat telah pergi menyahut panggilan Ilahi.


Beliau seorang penulis dan semasa hayat menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan [PPK], induk kepada beberapa buah persatuan penulis di negeri ini.


Gemulah meninggal pada pukul 11.0 malam, 4 Febuari 2018 dalam usia 66 tahun di rumahnya di Taman Hasrah, Panchor, Pengkalan Chepa.


Pemergian beliau menyusul kembalinya ke pangkuan Ilahi Sastrawan Norhisham Mustafa yang tanah perkubunannya masih lagi merah.


Gemulah meningalkan isteri, Cik Mazlah Abas, 7 orang anak dan 10 orang cucu.


Jenazah gemulah disembahangkan di Masjid Mukim Panchor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Panchor.


Gemulah menderita penyakit kanser pangkal hidung yang serius.


Sebelum itu  gemulah telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11, Kota Bharu untuk menerima rawatan dan dibenarkan pulang pada 7 Januari 2019, dan berada di rumah sehingga gemulah meninggal dunia.


Mengimbau sejenak perkenalan kami telah bermula sejak tahun 1960an lagi sejak saya bertugas di Syarikat Dian mengndalikan penerbitan Tabloid Mingguan Kota Bharu penerbitan Pustaka Dian.


Gemulah sering datang untuk menyerahkan karya-karyanya untuk diterbitkan di Mingguan Kota Bharu yang  saya kendalikan itu.


Hubungan itu terus berlanjutan sehingga saya bertugas di Urusetia Penerangan Negeri Kelantan berpejabat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, [SUK]  khusus untuk penerbitan akhbar Bulanan Sinar Kelantan.

Saya biasa memanggilnya “Od” sahaja, iaitu singkatan dari namanya Daud,dan dia nampaknya senang dengan panggilan itu.


Kali akhir kami berjumpa ialah menjelang Aidilfiri tahun 2017 ketika beliau berkunjung ke rumah kami bersama dengan anggota rombongan Badan Budaya Negeri Kelantan untuk menyampaikah hadiah Adifitri.Beliau adalah ahli jawatankuasa badan tersebut.


Itulah kali pertama gemulah datang ke rumah saya ini dan itulah kali terakhir sehingga beliau meninggal dunia.


Kami tidak mempunyai kesempatan untuk berbual seperti biasa dalam pertemuan itu, kerana mereka mempunyai masa yang terbatas untuk melaksanakan tugas mereka hari itu. Ada seorang lagi yang saya kenali dalam rombongan itu ialah “Abang Noor RTM”.


Tulisan singkat ini hanya sekadar peringatan pemergian seorang sahabat, dan seorang penulis yang banyak berkorban, khususnya dalam memimpin PPK.


Didoakan semoga roh gemulah dicucuri Allah rahmat yang melimpah-ruah.


Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

Amin.


7 Febuari, 2019.

a

Tuesday, 5 February 2019



N.ASHIKIN & M.NURSAIFUDDIN
MACAM BULAN DIGANDING BINTANG
                                                                       







SELAMAT Pengantin Baru,


Nur Ashkin dan Muhammad Nusaifuddin selamat diijab kabulkan sebagai sepasang suami isteri yang masih muda dan belia.


Nur Ashikin adaah puteri kepada Mohd Anuwar bin Ismail l dan Zaleha bte Hasan. Sementara Muhammad Nursaifuddin adalah putera kepada Che Zakaria bin Che Soh dan Rohani bt Yusoff.




 
Semoga Allah cucuri rahmah ke atas keduanya dan hidup bersama dari dunia hingga ke akhirat.


Dan selamat sejahtera juga kepada keluarga mereka berdua.

Untuk meraikan perkahwinan mereka, satu majlis kesyukuran telah diadakan pada 9 Jamadilakhir 1440 bersamaan dengaan 4 Februari 2019, bertempat di Dewan Tengku Anis 2, Taman Orkid, Pengkalan Cepa. telah diadakan pada


Kami dan keluarga memenuhi jemputan yang meriah itu dan turut bersama-sama bergembira dengan keluarga pengantin dan mempelai yng senyuman sentiasa menghiasi bibir mereka.

Encik Anuwar dan isterinya Cik Zaleha ketika ditemui di majlis itu menyampaikan ucapan terimakasih kepada semuua mereka yang hadir  memenuhi undangan kesyukuran majlis mereka hari itu.


---------------
“Dan di antara kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamucenerung dan merasa tenteram terhadapnya, dan djjadikannya antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang berfikir”. Ar-Rum:21.

-----------------------------------






Sebenarnya Kami selalu merasa amat gembira dan bersyukur menerima undangan oleh saudara mara dan keluarga untuk menhadiri majlis-majlis seumpama itu kerana beberapa sebab.

Kami gembira kerana dapat bersama-sama bersyukur dengan mereka meraikan majlis seumpamanya, dan di samping itu biasanya kami mendapat kesempatan bertemu mesra dengan para jemputan, terutama sahabat dan sudara mara yang datang dari jauh dan dekat memenuhi jemputan.

Umpamanya pada hari itu, kami dapat bertemu dengan ramai keluarga yang datang dan telah agak lama kami tidak bersua muka kerana rintangn tempat dan masa. Namun jauh di mata tapi dekat di hati. Dan dengan pertemuan itu ikkatan silaturahim dapat dihangatkan kembali.

Pada hari ini kami dapat bertemu dengan keluarga yang datang dari Pahang, dari Besut, dari Jertih dan juga dari Kuala Lumpur yang meringankan kaki  memenuhi undangan.





Alhamduliillah sebahagian dari pohoto-photonya dapat dikembarkan di sini sebaga rakaman sejarah keluarga.

Pada akhirnya kami doakan semoga selamat sejarhtera kepada kedua-dua pengantin baru yang dikasihi dan menjalani kehidupan berkeluarga dengan aman damai.

Sekian, terimakasih jua.




5 Febuari 2019.