HUSDAINI @ MAT DAUD MAMAT
TELAH PERGI KE PANGKUAN ILAHI
Husdaini alias Mat Daud Mamat telah pergi menyahut panggilan Ilahi.
Beliau seorang penulis dan semasa
hayat menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan [PPK], induk kepada
beberapa buah persatuan penulis di negeri ini.
Gemulah meninggal pada pukul 11.0
malam, 4 Febuari 2018 dalam usia 66 tahun di rumahnya di Taman Hasrah, Panchor,
Pengkalan Chepa.
Pemergian beliau menyusul kembalinya ke pangkuan Ilahi Sastrawan Norhisham Mustafa yang tanah perkubunannya masih lagi merah.
Gemulah meningalkan isteri, Cik Mazlah Abas, 7 orang anak dan 10 orang cucu.
Jenazah gemulah disembahangkan di Masjid Mukim Panchor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Panchor.
Gemulah menderita penyakit kanser pangkal hidung yang serius.
Sebelum itu gemulah telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11, Kota Bharu untuk menerima rawatan dan dibenarkan pulang pada 7 Januari 2019, dan berada di rumah sehingga gemulah meninggal dunia.
Mengimbau sejenak perkenalan kami telah bermula sejak tahun 1960an lagi sejak saya bertugas di Syarikat Dian mengndalikan penerbitan Tabloid Mingguan Kota Bharu penerbitan Pustaka Dian.
Gemulah sering datang untuk menyerahkan karya-karyanya untuk diterbitkan di Mingguan Kota Bharu yang saya kendalikan itu.
Hubungan itu terus berlanjutan sehingga saya bertugas di Urusetia Penerangan Negeri Kelantan berpejabat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, [SUK] khusus untuk penerbitan akhbar Bulanan Sinar Kelantan.
Saya biasa memanggilnya “Od” sahaja, iaitu singkatan dari namanya Daud,dan dia nampaknya senang dengan panggilan itu.
Kali akhir kami berjumpa ialah menjelang Aidilfiri tahun 2017 ketika beliau berkunjung ke rumah kami bersama dengan anggota rombongan Badan Budaya Negeri Kelantan untuk menyampaikah hadiah Adifitri.Beliau adalah ahli jawatankuasa badan tersebut.
Itulah kali pertama gemulah datang ke rumah saya ini dan itulah kali terakhir sehingga beliau meninggal dunia.
Kami tidak mempunyai kesempatan untuk berbual seperti biasa dalam pertemuan itu, kerana mereka mempunyai masa yang terbatas untuk melaksanakan tugas mereka hari itu. Ada seorang lagi yang saya kenali dalam rombongan itu ialah “Abang Noor RTM”.
Tulisan singkat ini hanya sekadar peringatan pemergian seorang sahabat, dan seorang penulis yang banyak berkorban, khususnya dalam memimpin PPK.
Didoakan semoga roh gemulah dicucuri Allah rahmat yang melimpah-ruah.
Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.
Amin.
7 Febuari, 2019.
7 Febuari, 2019.
No comments:
Post a Comment