N.ASHIKIN & M.NURSAIFUDDIN
MACAM BULAN DIGANDING BINTANG
Nur Ashkin dan Muhammad Nusaifuddin selamat diijab
kabulkan sebagai sepasang suami isteri yang masih muda dan belia.
Nur Ashikin adaah puteri kepada Mohd Anuwar
bin Ismail l dan Zaleha bte Hasan. Sementara Muhammad Nursaifuddin adalah
putera kepada Che Zakaria bin Che Soh dan Rohani bt Yusoff.
Dan selamat sejahtera juga kepada keluarga mereka
berdua.
Untuk meraikan perkahwinan mereka, satu majlis
kesyukuran telah diadakan pada 9 Jamadilakhir 1440 bersamaan dengaan 4 Februari
2019, bertempat di Dewan Tengku Anis 2, Taman Orkid, Pengkalan Cepa. telah
diadakan pada
Kami dan keluarga
memenuhi jemputan yang meriah itu dan turut bersama-sama bergembira dengan
keluarga pengantin dan mempelai yng senyuman sentiasa menghiasi bibir mereka.
Encik Anuwar dan
isterinya Cik Zaleha ketika ditemui di majlis itu menyampaikan ucapan
terimakasih kepada semuua mereka yang hadir
memenuhi undangan kesyukuran majlis mereka hari itu.
---------------
“Dan di antara kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamucenerung dan merasa
tenteram terhadapnya, dan djjadikannya antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang
berfikir”. Ar-Rum:21.
-----------------------------------
Sebenarnya Kami selalu merasa amat gembira dan bersyukur menerima undangan oleh saudara mara dan keluarga untuk menhadiri majlis-majlis seumpama itu kerana beberapa sebab.
Kami gembira kerana dapat
bersama-sama bersyukur dengan mereka meraikan majlis seumpamanya, dan di
samping itu biasanya kami mendapat kesempatan bertemu mesra dengan para
jemputan, terutama sahabat dan sudara mara yang datang dari jauh dan dekat
memenuhi jemputan.
Umpamanya pada hari itu,
kami dapat bertemu dengan ramai keluarga yang datang dan telah agak lama kami
tidak bersua muka kerana rintangn tempat dan masa. Namun jauh di mata tapi
dekat di hati. Dan dengan pertemuan itu ikkatan silaturahim dapat dihangatkan
kembali.
Pada hari ini kami dapat
bertemu dengan keluarga yang datang dari Pahang, dari Besut, dari Jertih dan
juga dari Kuala Lumpur yang meringankan kaki
memenuhi undangan.
Alhamduliillah sebahagian dari pohoto-photonya dapat dikembarkan di sini sebaga rakaman sejarah keluarga.
Pada akhirnya kami doakan
semoga selamat sejarhtera kepada kedua-dua pengantin baru yang dikasihi dan
menjalani kehidupan berkeluarga dengan aman damai.
Sekian, terimakasih jua.
5 Febuari 2019.





No comments:
Post a Comment