Monday, 29 April 2019

JAGA MATA CARA TRADISIONAL





MENJAGA  MATA CARA TRADISIONAL







MATA adalah salah satu anggota yang penting.

Setiap manusia dikurniakan Allah dengan dua biji mata yang terletak di bahagian mukanya


Demikian juga lumrahnya makhluk Allah yang bernyawa dan bergerak, seperti haiwan-haiwan dikurniakan Allah mata.

Fungsi utama mata ialah untuk melihat, sepeerti untuk berjalan, makan, untuk membaca dan sebagainya,


Tanpa mata sudah tentu manusia tidak dapat melihat dan menjadi pembenteng kepadanya untuk melakukan sesuatu dengan mudah dan lebih sempurna.


Namun begitu, dua biji mata itu tidak berfungsi andainya ia mengalami kecederaan atau kerosakan yang menglalang mata darada melihat.

Justeru kita perlu  menjaga mata kita dengan sewajarnya supaya ianya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.


Saya tidak fikir ada mana-mana manusia yang waras bersedia untuk  menukar dua biji mata yang dimilikinya itu dengan seguunug intan sekalipun.



Menjaga Mata

Di sini kita unggkapkan beberapa petua mengenai cara-cara untuk mengatasi problem yang menimpa mata.



Jika Sampah Masuk Mata        

Jika sampah masuk mata ada dua cara untuk mengatasinya.

Pertama anda hendaklah meminta bantuan seseorang untuk menanggalkan sampah dalam mata anda itu. Caranya ialah dengan menggunakan perca kain yang lembut dan bersih untuk mengambil dan mengeluarkan sampah dalam mata itu,iaitu dengan mengenakan perca kain kepada sampah, seperti pasir  di mana  ia akan melekat di situ untuk dikeluarkan dari biji mata anda.


Kedua dengan cara mencelik dan merendamkan  mata yang bersamph  itu dalam  air bersih yqng dimasukkan ke dalam sebuah pinggan yang bersih dan putih.


InsyaAllah akan keluar ke dalam pinggan itu.



Jika Sakit Mata

Sakit mata ada beberapa keadaan, ataranya mata merah, mata gatal, mata terasa sakit, mata berair, mata bertahi dan lain-lainlagi.

Susu ibu adalah ubat sakit mata yang mujrab. Ketika saya kanak-kanak dulu, andainya saya terkena sakit mata dan ibu saya sedang menyusu bayi, ibu saya menitiskan susu dari teteknya ke dalam mata saya yang bermasaslah itu. Mula-mulanya terasa pedih sedikit. Tapi satu atau dua kali tetes sahaja mata saya menjadi baik.


Air kencing juga boleh merawat sakit mata. Caranya ialah  dengan cara mengencing di hujung cari telunjunk anda yang bersih, kemudian masukkan ke dalam mata melalui sudut mata, kalau mata kanan, sudut mata sebelah kiri, dan kalau mata kiri sudut mata sebelah kanak.


Mula-mulanya terasa perdih sedikit. Inilah yang saya lakukan ketika saya masih kanak-kanak dulu. Mungkin pada masa mungkin air mata saya bersih daripada sebarang kuman penyakit. Sekali atau dua kali sapu sahaja penyakit mata boleh sembuh dengan izin Allah.


Jika sakit mata itu jenis merah dan bertahi, kulit rambai amatlah mujrab untuk merawatnya. Ambil selaput kulit rambut yang lembut dengan mengikisnya daripada batang pokoknya, kemudian bungkus dengan kain yang bersih, dan cantum kemas-kemas, dan gunakan untuk mendemah mata yang sakit, di bahagian kira dan kanan mata. Dengan cara ini tahi matapun akan hilang dan tidak menjijikkan. Demahlah dari waktu ke waktu hingga sembuh.



Terperik Air Lada

Jika anda sedang menumbuk sambal lada, tiba- tiba air lada itu mercik ke mata anda, apa yang anda hendak buat? Jangan genyeh mata anda dengan tangan, tapi segeralah basuh dengan air yang bersih. Kemudian sapulah minyak kelapa asli pada hujung tulang salbi, Insya Allah pdihnya akan segera menghilang.



Menjernihkan Mata

Mata boleh dijernihkan dengan menitiskan air bembam ke dalam mata. Bemban ialah sejenis pokok lembut yang kulitnya digunakan untuk menjahit atap nipah atau sagu. Sebelah atas batangnya ada pucuk-pucuk muda, yang biasanya di daslamnya ada air yang sejuk rasanya.


Setiap pagi ambil pucuk bemban yang muda itu dan titiskanlah airnya ke dalam mata,setelah mempastikan tidak ada sampah terkandung di  dalamnya.



Kiar Bawang

Biasanya mengoyak atau mengupas bawang, seperti bawang merah akan mengeluarkan kiar yang memedih dan menyebabkan mata berair, terutama mereka yang alahan dengannya.

Kiar bawang ini boleh dikurangi atau diatasi dengan mengupas bawang itu di dalam air. Masukkan air ke dalam sebuah mangkuk, kemudian masukkan bawang yang hendak dikupas itu hingga tenggelam ke dalamnya dan kupaslah.


Demikianlah sedikit petua yang dapat kami utarakan mengenai penjagaan mata, salah satu anggota kita penting itu.

Apa yang saya utarakan di atas merupakan pengalaman penulis sendiri semata, dan saya tidak menyarakan sesiapa menggunakan air kencing untuki merawat sakit mata.



                   ******

“...Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata [mereka] terbelalak, mereka datang bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mengangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong”, Ibrahim:43.



   Kubang Siput,
28 April, 2019


No comments:

Post a Comment