Wednesday, 15 May 2019
MANUSIA-MANUSIA BERGELAR DAN KEISTIMWWAANNYA
LUMRAHNYA setiap manusia yang
lahir diberikan nama-nama yang tertentu oleh ibu bapa mereka untuk mengenali
dan membezakan antara seseorang dengan seseorang dalam keluarga dan juga dalam
masyarakat dunia.
Ia merupakan kad pengenalan asli
diri seseorang untuk dia dan orang lain mengenali diri dan anak siapa dia,
kerana bapaknya juga mempunyai nama-nama yang tertentu.
Nama-nama itu akan menjadi lebih
istimewa kemudian hari jika ianya
digandingkan dengan gelaran-gelaran tertentu pula.
Ada beberapa tujuan
gelaran-gelaran itu disangkutkan kepada nama seseorang yang menjadi amalan yang
disukai oleh sesetengah masyarakat dan negara di dunia. Malaysia dan
penduduknya adalah salah sebuah daripada negara itu.
Gelaran-gelaran itu diberikan
kepada seseorang tokoh yang berjasa kepada negeri atau negara tersebut.
Biasanya sejak kebelakangan ini tokoh-tokoh yang banyak dikurniakan gelaran
ialah ahli-ahli politik, tokoh-tokoh perniagaan. Dan sejak kebelakangan ini
para penghibur juga sering dikurniakan dengan gelaran.
Yang memberikan gelaran-gelaran
itu ialah pihak berkuasa atau kerajaan sesebuah negeri dan juga negara. Kalau di
peringkat negeri ia dikendalikan khusus oleh pihak istana diraja, dan
disampaikan oleh sultan atau raja di negeri itu.
Sementara di peringkat pusat ia
diuruskan oleh kerajaan pusat, tapi di sampaikan oleh KDYMM Seri Paduka Yang
Dippertuan Agong kepada penerimanya di hari-hari tertentu.
Gelaran di peringkat negeri
biasanya ialah datok, dan gelaran datok itu pula ada mempunyai berbagai-bagai
kategori. Sementara di peringkat pusat pula ada gelaran Tun dan Tan Sri.
Gelaran-gelaran ini adalah
gelaran-gelaran yang istimewa dalam masyarakat, di mana kehadiran penerima
gelaran itu di sesuatu tempat akan dihormati sebagai tetamu istimewa yang
diberi layanan yang khusus.
Pengurniaan gelaran-gelaran itu
boleh dan pernah ditarik balik oleh pengurnianya kerana sebab-sebab tertentu,
seperti penerimanya terlibat dalam kes-kes mahkamah yang berkait dengan jenayah
dan sebagainya. Raja-raja atau sultan-sultan yang mengurniakan pengurniaan itu
boleh menarik balik pengurniaannya kerana sebab-sebab tersebut.
Gelaran Sendaan
Di samping gelaran-gelaran
istimewa yang diminati ramai itu, ada lagi gelaran-gelaran yang tidak disukai
yang dikurniakan secara langsung kepada seseorang yang juga mempunyai
“keistimewan” yang tertentu.
Biasanya gelaran-gelaran ini
dikurniakan oleh masyarakat atau orang ramai tempatan yang mengenali orang itu.
Gelaran-gelaran ini biasanya diberikan kepada seseorang berdasarkan kepada
sifat-sifat fizikal seseorang yang kurang atau tidak menyenangkan,
Gelaran-gelaran ini basanya merupakan
gelaran untuk menghina atau mengejek ataupn untuk suka-suka kepada seseorang.
Ia telah berlaku lama dalam
masyarakat, bermula dari masyarakat desa atau kampung lagi. Gelaran itu
diberikan kadang-kadang ada juga bertujuan yang baik, iaitu sebagai pengenalan
diri seseorang supaya mudah dicami, atau dikenali terutama ketika ada keperluan
untuk mengenalinya seperti dicari orang.
Tapi pengurniaan gelaran untuk mengejek
ini atau untuk dijadikan bahan sendaan atau lawak jenaka ini kian populer di
kalangan masyakat di zaman internet ini. Ia boleh diihat dan di dengar di atas
pentas, menerusi siaran radio atau tv dan juga menerusi akhbar-akhbar dan
majallah-majallah.
Di kampung-kampung biasanya gelaraan
diberikan kepada seseorang dengan bersumberkan kepada sesuatu sifat yang tidak sempurna atau jelik yang
dimiliki oleh seseorang, seperti pendek, tinggi, botak, gemuk, kurus, pincang
dan sebagainya.
Saya senaraikan sedikit gelaraan-gelaran
yang diberikan kepada seseorang berdasarkan kejeliikan yang ada pada mereka.
-Muda Belacan- kerana orang
suka menggaru atau menggaruk gatal, seperti beruk kena belacan
-Daud Besar- kerana
tubuhnya yang besar daripada biasa.
-Minah Birat- kerana
disudut sebelah mulutnya ada tanda birat.
-Mamat Butut- kerana
bentuk kepalanya berbentuk butut atau bunjul sedikit di bahagian tengah dan atas
kepalanya.
-Dolah kawah- kerana
bentuk mulutnya luas atau suaranya deras atau kuat bia bercakap.
-Maryam Ketok – kerana
tubuhnya terallu pendek.
Salamah Kewet- kerana
caranya berjalan tidak betul seperti lumrah, kerana kakinya lembek sebelah, dan
berjalan seperti itik.
-Hasmah Juling- kerana
matanya juling.
-Ali Soyak- kerana
suaranya deras bila bercakap.
-Kalsum Tonggek- krana
buntutnya berbentuk tonggek, atau tinggi ke atas.
Selain daripada sifat-sifat
fizikal itu ada juga gelaran-gelaran yang diberikan berdasarkan kebiasaan atau
kegemaran seseorang. Antaranya:
-Hussin Pelandok- kerana
dia seorang yang pandai menipu daya atau mengecek orang dengan kata-katanya.
Halim Sekarang -kerana dia
seorang yang suka menggunakan perkataan sekarang dalam percakapannya.
Pak Lah Burung- kerana
suka menangkap burung, tak kira siang atau malam.
Demikianlah sekadar contoh yang
terlintas dalam kepala saya, dan saya percaya masih banyak lagi gelaran-gelaran
yang sering dan akan digunakan untuk menggelarkan seseorang.
Gelaran-gelaran ini biasanya
tidak akan ditanggalkan sehingga seseorang itu meninggal dunia dan gelaran
tetap digunakan sebagai pengenalan diri mereka.
Walau bagaimanapun jangan asyik
melemeparkan gelaran-gelaran terhadap orang lain sesuka hati; apakah kita
merasa diri kita sudah cukup sempurna sebagai seorang hamba Allah?
Kalau gelaran yang diberikan
kepada seseorang itu memang disukainya memanglah tidak menjadi masalah, tapi
kalau gelaran itu tidak disukainya atau mencetuskan kemarahannya?
Ia akan bertukar menjadi problem
kerana ia merupakan satu ejekan atau kejian yang menempah dosa.
Marilah kita hidup dalam sebuah
masyarakat yang harmoni, aman damai berpelantarkan saling percaya dan
mempercayai, serta hormat menghormati antara satu sama lain sebagaimana
digariskan oleh Islam.
Allah berfirman, maksudnya:
“Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang
lain, kerana boleh jadi mereka yang
diperolok-olokkan lebih baik dari mereka yang mengolok-olokkan...... Janganlah
kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan
gelar-gelar yang buruk........”.Al-Hujurat: 11.
Nabi SAW juga bersabda maksudnya:
“Mncela
seseorang Muslim adalah kefasikan, dan membunuhnya adalah kekufuran”.
Justeru itu berhati-hatilah dalam
menggelarkan seseorang, takut-takut menjadi fitnah yang merugikan diri kiita
sendiri. Adakah kita merasa diri kita ini sentiasa lebih baik dan mulia dari
orang lain?
Kg.Kubang Siput,
KB.Kelantan.
11 Ramadhan 1440
16 Mei 2019
Monday, 6 May 2019
TABIAT JAHAT SUKAMENYELAHKAN ORANG LAIN
TABIAT JAHAT SUKA EMMPERSALAHKAN ORANG LAIN BELAKA
MANUSIA ini makhluk yang unik.
Manusia ini makhluk yang cukup istimewa.
Dalam diri manusia ada berbagai-bagai sifat yang berbeza—beza, malah bercanggah-ruah antara satu sama lain.
Ada unsur baik, dan pula unsur jahat.
Ada unsur sayang, dan ada unsur benci.
Ada unsur pahala, dan unsur dosa.
Dan sebagainya.
Di sebalik semua itu manusia diberi kemampuan untuk memilih dan menilai mana-mana unsur yang mereka sukai; buruk atau baik, iaitu dosa atau pahala.
Mereka dikurniakan dengan akal dan fikiran untuk menentukan pemilihan mereka, arah perjalanan mereka ke syurga atau ke nereka.
Untuk ke syurga mereka kena pilih yang baik, dan sebaliknya untuk ke neraka mereka kena pilih jalan yang tidak baik atau yang buruk.
Cara yang mudah untuk ke neraka ialah menuruti kehendak hawa nafsu dan mengikuti telunjuk syaitan yang terkutuk. Jalan ke neraka memang amat mudah, menyenangkan dan amat disukai.
Tapi tidak ada jalan mudah untuk ke syurga.Ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan cekal hati, kerana di perjalananya banyak onak dan duri yang akan menggoriskan kakinya tapi akan mencakar seluruh badannya. Berhati-hatilah kaki melangkah supaya tidak terserandung ke lembah curang yang akan membawa ke neraka jahanam.
Salah satu sifat buruk dan tercela milik makhluk manusia ialah suka mempersalahkan orang lain dalam semua keadaan.
Andainya sesuatu perkara yan telah mereka usahakan itu gagal diperolehi maka dengan gampang mereka akan menuding jari mempersalahlan orang lain, walaupun kesalahan tersebut terletak di punduk mereka sendiri.
Banyak bidang yang mempengaruhi manusia berperangai keji seperti ini. Dari sekecil-kecil perkara membawa kepada sebesar-besar perkara, mereka sentiasa mempersalahkan orang lain dalam semua keadaan, walaupun mereka sebenarnya berada di pihak yang salah.
Yang paling hampir dengan kita ialah dunia rumahtangga yang kadang-kadang menjadi begitu kmplikited. Banyak perceraian berlaku hari ini hanya dalam usia yang singkat. Tidak bermakna dengan cinta yang dicanang dan digembar-gemburkan selama bertahaun-tahn sebelum diijabkablukkan sebagai suami isteri.
Salah satu puncanya ialah kerana suami dan isteri suka mempersalahlan antara satu sama lain, jika berbangkit sesuatu perkara yang tidak diingini. Masing-masing tidak ingin mengaku salah, justeru tidak ada pihak yang berusaha untuk memperbetulkan kesalahan diri masing-masing, kerana menganggap diri mereka semuanya betul, bersih dan yang salahnya ialah orang sebelah pehak lagi.
Maka perkahwinan itupun berakhir dengan kemusnahan yang mungkin boleh diselamatkan jika kedua-dua suami isteri mengambil langkah bijaksana dan wajar.
Di antara adik beradik pun sering berlaku persengketaan, berpunca dari perkara kecil-kecilan akibat sering salah mempersalahkan antara satu sama lain, sebagaimana kanak-kanak adik beradik yang berbalah kerana berebut makanan si bawah saji, atau bererbut kasih sayang ibu.Si pesalah yang mengambil makanan yang bukan haknya itupun tidak bersedia mengaku salah, sebaliknya menyalahkan adik atau abangnya yang tamak.
Dalam sukan pun boleh menyebabkan berlaku kekeceohan, seperti dalam permainan bola sepak, bila pasukan yang berharap-harap dan menduga pihaknya yang akan menggondol kemenangan, tapi kerana kesilapan pemain-pemainnya, mereka tewas, tapi para pemain tidak bersedia untuk mengakui kesilapan mereka, malah sebaliknya melemparkan tuduhan ke atas para pengadil yang dituduh berat sebelah, ataupun menuduh jurulatih tidak cekap, sedang jurulatih tidak bermain bola.
Dalam permainan untuk bersula-suka sebagai penghibur, seperti permainan catur atau aji, berlaku juga kekecuhan, kerana ketika berlain itu ada pehak bermain khilat atau menipu, tapi bila perbuatan tidak amanahnya itu disedari oleh lawannya, lalu menuduh dia menipu, tapi secara semborono mereka menafikannya, dan sebaliknya menuduh lawannya itu yang tidak pandai bermain.
Perkara yang lebih buruk lagi telah berlaku dalam masyarakat Islam sejak kebelakangan ini, akibat menuding orang lain yang bersalah, dan mendakwa mereka yang benar.
Kita ambil contoh dalam bidang dakwah. Sejak kebelakangan ini telah tercetus dengan meluas pendapat yang bertentangan mengenai sesuatu hukum yang berpunca dari Hadis Rasulullah SAW. Di antara mereka yang mempunyai pendapat yang bertentangan itu ada satu pihak yang tidak dapat menerima pendapat yang berbeza lalu melempar berbagai-bagai tuduhan yang tidak wajar dan buruk ke atas pehak yang satu lagi, terutama sekali tuduhan Wahabi dan sebagainya.
Demikian juga dalam politik. Seperti lumrah, mesti ada perbezaan pendapat, malah tidak jarang perbezaan itu sengaja diada-adakan untuk menunjukkan pihak mereka yang benar walaupun di mata semua orang yang ikhlas mengatakan mereka yang salah.
Jika ada pehak yang mengatakan “kamu telah berbuat salah ni”, dan mereka
seboleh-boleh manfikannya dan cuba menegakkan benang basah, dan melemparkan
tuduhan ke pehak yang lain pula, atau setidak-tidaknya mengatakan “mereka
itupun berbuat perkara yang salah juga,
tapi kenapa tidak disibuk-sibukkan dan tidak diambil tindakan?”.
Dan sikap menuding jari ke arah orang lain sebagai pesalah terus merebak ke berbagai-bagai peringkat di negara kita, di mana orang bersalah tetap mengatakan dia benar, walaupun di mata umum ataut di mata masyarakat mereka tetap bersalah lahir dan batinnya.
Tidak cukup dengan itu ada pula dari kalangan mereka yang mengambil kesempatan mengapi-ngapikan perbezaaan itu dengan menyokong pihak yang bersalah dengan mengatakan dan mempertahankan ianya sebagai benar.
Inilah sikap buruk sebahagian kita umat Islam, iaitu suka mempersalahkan orang lain, dan suka mencari dan mendedahkan segala keaiban orang lain. Dengan itu bererti mereka telah menutup kebenaran dengan merasa diri mereka sentiasa betul dan benar.
Dengan sikap itu mereka tidak mempunyai ruang untuk memeriksa diri sendiri, mencari salah dan silap diri sendiri sebagaimana digalakkan oleh Islam.
Maka dengan itu mereka telah menutup pintu taubat kerana selalu merasa diri
benar dan suka mempersalahkan orang lain.
Allah menempelak orang-orang angkuh yang menganggap dirinya sentiasa suci dan bersih dalam al-Quran dengan firman Nya yang bermaksud”
“Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu
dari tanah, iaitu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah
kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa”. An-Najm:32.
Marilah kita kembali ke jalan yang benar, meninggalkan sifat tercela suka menuding jari ke arah orang lain sebagai pesalah, sedangkan kita sendiri yang berlumurqn dengan umpur kesalahan. Inilah ibrat orang tua-tua, “Kuman di seberang lautan nampak, tapi gajah di hadapan mata tidak nampak”.
Sekian sekadar untuk renungan bersama dalam meniti hidup dan membina
kekuatan diri dalam mencari keredhaan Allah.
7 Mei 2019
Kg.Kubang Siput, Kb.Kelantan.
Friday, 3 May 2019
KENAPA PENULIS MUDA DIDERA?
KENAPA PENULIS MUDA DIDERA?
HARI ini [3 May 2019] saya membaca seimbas, tulisan-tulisan dalam FB mengenai pengalaman penulis-penulis muda yang didera oleh bapak-bapak penulis kerana mereka penulis baru.
Di samping itu
sejak kebelakangan ini telah sampai juga ke telinga saya beberapa orang penulis
yang mengalami nasib yang sama.
Ada di antara
mereka mengambil masa lebih dari enam bulan malah ada yang bertahun-tahun baru
diberi ruang dalam penerbiitan, setelah menghantar karya-karya mereka dari masa ke masa dan
ditongsampahkan oleh pihak penerbit tersebut.
Saya merasa simpati dengan mereka.
Saya merasa simpati dengan mereka.
Saya hampir
tidak pernah mengalami pengalaman seperti itu, diderakan. Semua karya-karya
yang saya hantarkan di mana-mana penerbitan dihberikan tempat yang sewajarnya,
dari sejak saya belajar menulis masa di bangku sekolah lagi.
Banyak
akhbar-akhbar dan majalah-majaah tanah air yang menyiarkan rencana-rrencana
yang saya hantarkan. Saya percaya jumlah semuanya ada selonggok. Saya hanya berhenti
menulis untuk meddia massa bila saya menggunakan internet untuk menyiarkan segala
karya-karya saya itu, termasuk menerusi blog. Saya percaya jumlahnya selonggok juga, dan Alhamdulillah saya masih terus menulis
lagi hingga ke saat ini.
Saya mempunyai
banyak nama samaran, tapi yang paling populer ialah Razin.M.S.
Pengalaman Didera
Walau
bagaimanapun saya juga pernah mengalami didera dalam usia tua saya. Dengan
tujuan untuk mengalih rasa saya cuba menulis untuk akhbar baru dan majalah-majalah yang diterbitkank oleh penerbitan
yang sama waktu itu. Masa itu ia di bawah kawalan seorang
pengarang yang masih ada lagi sampai sekarang, dan sudah bergelar Datok.
Di mana
berbelas-belas rencana yang saya hantarkan tidak satupun diberi tempat.
Tapi saya tidak
kisah, saya lalu berhenti memberi sumbangan untuk akhbar tersebut dan terus mengirim tulisan ke meddia biasa seperti di masa-asa yang lalu. Pada masa itu, saya tidak merasa saya didera, tapi saya merasa rencana-renana saya itu
tidak berkualiti dan tidak layak diberi tempat, walaupun mengikut pengamatan saya karya-karya yang disiarkan oleh penerbit tersebut tidak sehebat mana.
Pengalaman Saya
Tidak Mendera
Saya juga pernah
berpuluh-puluh tahun "menjaga" majalah-majalah dan akhbar. Tapi berani saya katakan saya tidak pernah mendera
mana-mana penulis yang menghantar karya mereka. Baik dia penulis lama atau baru.
Setiap tulisan
yang kami terima, jika kandungannya wajar,
berguna dan bertanggungjawab kami siar tanpa mengira siapa penulis.Malah jika
karya-karya itu perlu diperbaiki, kami mempernhaikinya
untuk siaran dengan menggunakan nama asal penulis walaupun separuh daripada
tulisan itu mer rupakan tamabahan kami untuk melengkapkannya.
Sekian.
2hb.Mei 2019
Kubang Siput,
Kota Bharu,Kelantan.
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
HUSDAINI @ MAT DAUD MAMAT TELAH PERGI KE PANGKUAN ILAHI Husdaini alias Mat Daud Mamat telah pergi menyahut panggilan Ilahi. ...