MENJAGA MATA CARA TRADISIONAL
MATA adalah salah satu anggota yang penting.
Setiap manusia dikurniakan
Allah dengan dua biji mata yang terletak di bahagian mukanya
Demikian juga lumrahnya
makhluk Allah yang bernyawa dan bergerak, seperti haiwan-haiwan dikurniakan
Allah mata.
Fungsi utama mata ialah
untuk melihat, sepeerti untuk berjalan, makan, untuk membaca dan sebagainya,
Tanpa mata sudah tentu
manusia tidak dapat melihat dan menjadi pembenteng kepadanya untuk melakukan
sesuatu dengan mudah dan lebih sempurna.
Namun begitu, dua biji
mata itu tidak berfungsi andainya ia mengalami kecederaan atau kerosakan yang
menglalang mata darada melihat.
Justeru kita perlu menjaga mata kita dengan sewajarnya supaya
ianya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Saya tidak fikir ada
mana-mana manusia yang waras bersedia untuk
menukar dua biji mata yang dimilikinya itu dengan seguunug intan
sekalipun.
Menjaga Mata
Di sini kita unggkapkan
beberapa petua mengenai cara-cara untuk mengatasi problem yang menimpa mata.
Jika Sampah Masuk Mata
Jika
sampah masuk mata ada dua cara untuk mengatasinya.
Pertama
anda hendaklah meminta bantuan seseorang untuk menanggalkan sampah dalam mata
anda itu. Caranya ialah dengan menggunakan perca kain yang lembut dan bersih
untuk mengambil dan mengeluarkan sampah dalam mata itu,iaitu dengan mengenakan
perca kain kepada sampah, seperti pasir
di mana ia akan melekat di situ
untuk dikeluarkan dari biji mata anda.
Kedua
dengan cara mencelik dan merendamkan
mata yang bersamph itu dalam air bersih yqng dimasukkan ke dalam sebuah
pinggan yang bersih dan putih.
InsyaAllah
akan keluar ke dalam pinggan itu.
Jika Sakit Mata
Sakit
mata ada beberapa keadaan, ataranya mata merah, mata gatal, mata terasa sakit,
mata berair, mata bertahi dan lain-lainlagi.
Susu ibu
adalah ubat sakit mata yang mujrab. Ketika saya kanak-kanak dulu, andainya saya
terkena sakit mata dan ibu saya sedang menyusu bayi, ibu saya menitiskan susu
dari teteknya ke dalam mata saya yang bermasaslah itu. Mula-mulanya terasa
pedih sedikit. Tapi satu atau dua kali tetes sahaja mata saya menjadi baik.
Air
kencing juga boleh merawat sakit mata. Caranya ialah dengan cara mengencing di hujung cari
telunjunk anda yang bersih, kemudian masukkan ke dalam mata melalui sudut mata,
kalau mata kanan, sudut mata sebelah kiri, dan kalau mata kiri sudut mata
sebelah kanak.
Mula-mulanya
terasa perdih sedikit. Inilah yang saya lakukan ketika saya masih kanak-kanak
dulu. Mungkin pada masa mungkin air mata saya bersih daripada sebarang kuman penyakit.
Sekali atau dua kali sapu sahaja penyakit mata boleh sembuh dengan izin Allah.
Jika
sakit mata itu jenis merah dan bertahi, kulit rambai amatlah mujrab untuk
merawatnya. Ambil selaput kulit rambut yang lembut dengan mengikisnya daripada
batang pokoknya, kemudian bungkus dengan kain yang bersih, dan cantum
kemas-kemas, dan gunakan untuk mendemah mata yang sakit, di bahagian kira dan
kanan mata. Dengan cara ini tahi matapun akan hilang dan tidak menjijikkan.
Demahlah dari waktu ke waktu hingga sembuh.
Terperik Air Lada
Jika
anda sedang menumbuk sambal lada, tiba- tiba air lada itu mercik ke mata anda,
apa yang anda hendak buat? Jangan genyeh mata anda dengan tangan, tapi
segeralah basuh dengan air yang bersih. Kemudian sapulah minyak kelapa asli
pada hujung tulang salbi, Insya Allah pdihnya akan segera menghilang.
Menjernihkan Mata
Mata
boleh dijernihkan dengan menitiskan air bembam ke dalam mata. Bemban ialah
sejenis pokok lembut yang kulitnya digunakan untuk menjahit atap nipah atau
sagu. Sebelah atas batangnya ada pucuk-pucuk muda, yang biasanya di daslamnya
ada air yang sejuk rasanya.
Setiap
pagi ambil pucuk bemban yang muda itu dan titiskanlah airnya ke dalam
mata,setelah mempastikan tidak ada sampah terkandung di dalamnya.
Kiar Bawang
Biasanya
mengoyak atau mengupas bawang, seperti bawang merah akan mengeluarkan kiar yang
memedih dan menyebabkan mata berair, terutama mereka yang alahan dengannya.
Kiar
bawang ini boleh dikurangi atau diatasi dengan mengupas bawang itu di dalam
air. Masukkan air ke dalam sebuah mangkuk, kemudian masukkan bawang yang hendak
dikupas itu hingga tenggelam ke dalamnya dan kupaslah.
Demikianlah
sedikit petua yang dapat kami utarakan mengenai penjagaan mata, salah satu
anggota kita penting itu.
Apa yang
saya utarakan di atas merupakan pengalaman penulis sendiri semata, dan saya
tidak menyarakan sesiapa menggunakan air kencing untuki merawat sakit mata.
******
“...Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka
sampai hari yang pada waktu itu mata [mereka] terbelalak, mereka datang
bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mengangkat kepalanya, sedang mata
mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong”, Ibrahim:43.
28 April, 2019