Saturday, 20 April 2019

MEMBELI DENGAN BAGI DAN TALI






Tidak Ada Yang Peliknya

PELANGGAN BELI MAKANAN GUNA TALI



                         foto hanya hiasan


Saya terbaca sebuah berita singkat mengenai seorang pelanggan di sebuah pangsapuri mengambil tempahan makanan yang dibuatnya menggunakan sebuah beg yang diikat dengan tali dan ditarik ke atas ke tingkat tiga di mana dia mnetap.

Rakaman viedo kejadian ini telah tular di internet di London, di mana perkara itu berlaku di pusat bandar leicester, Enggland.

Berita luar negara itu disiarkan oleh akhbar Kosmo, tanggal20 April 2019.

Saya tersenyum lebar malah hampir meledak ketawa membaca berita tersebut.

Apa yang aneh atau menariknya dengan kisah itu?

Waktu saya berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 1970an dulu kami sekeluarga tinggal di rumah Pangsa Keramat Jaya, Datok Keramat, Kuala Lumpur. Kami sekeluarga tinggal di tingkat tiga.

Sebelumnya kami menetap di Kampung Bumiputera, iaitu sebuah kampung setinggan yang agak besar dengan penduduknya yang ramai dari kaum bumiputera, termasuk dari Indonesia. Letaknya tidak berapa jauh dari situ.

Bila rumah pangsa itu yang mengandungi beberapa blog siap dibina oleh Bandar Raha Kuala Lumpur, kami penduduk-penduduk Kampung Bumiputra diprintah pindah ke rumah pangsa. tersebut. Setiap keluarga dari kami mendapat sebuah rumah, yang mempunyai dua bilik. Kalau tidak silap saya kami dikenakan sewa sebanyak RM85 sebulan atau mungkin lebih.

Rumah stinggan saya di Kampung Bumiputra itu hari ini betul-betul teletak di bawah jambatan yang baru dibina bila jalan tersebut siap.

Kami yang tinggal di tingkat atas ini, menggunakan teknik yang sama sebagaimana yang digunakan oleh seorang penduduk di rumahpangsa di England yang tuler di intertet itu.

Jika kami hendak membeli makanan atau barang-barang lain daripada para penjual yang lalu di dekat pangsapuri itu kami menggunakan raga atau seumpamanya untuk tujuan tersebut.
Mula-mula setelah pasti barang yang kami kehendaki itu ada dijual, kami akan tanya berapa harganya, setelah diberitahu kami masukkan wang ke dalam bekas untuk mengisi barang-barang yang dibeli itu ke daamnya dan menurunkanya kepada penjualnya yang sedang menunggu di bawah. Bila wang yang kami hantarkan itu melebihi daripada harga, si penjual akan memasukkan duit cucur atau duit bakinya ke dalam bekas tersebut, kemudian memasukkan makanan yang kami beli itu. dan lalu kami menariknya ke atas.

Biasanya yang kami  beli dengan cara ini ialah barang-brang kering, seperti roti atau akhbar. Barang-barang yang perlu dirteliti terlebih dahulu,seperti ikan basah kami terpksa turun ke tanah untuk membeli danmemlihnya sendiri.

Saya tidak pasti adakah penduduk-penduduk pangsapuri Karamat Jaya masih menggunakan teknik yang kami gunakan itu pada hari ini?

Sudah lama saya saya tidak ke sana walaupun terasa rindu untuk bertemu dengan sahabat handal.

Para wartawan tempatan bolehlah pergi ke situ untuk mempastikannya.


Tidak ada apa yang anehnya teknik membeli seperti ini.



Kota Bharu,
21 April, 2019.

No comments:

Post a Comment