KESUNYIAN HATI KERANA DOSA
Andainya
anda tinggal sendirian di sebuah rumah besar dua tingkat yang terletak di
hujung jalan perumahan. Dibelakang rumah anda itu bersemak samun, sekeping
tanah kosong yang masih terbiar belum dimajukan.
Anda seorang duda, isteri anda
telah beberapa tahun meninggalkan anda, kembali kerahmatullah. Anda seorang tua
yang telah bertahun-tahun pencen, sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan.
Anak-anak anda tinggal di rumah
mereka masing-masing yang berjauhan dari rumah anda. Dan anda pula enggan untuk
meninggalkan rumah anda itu, untuk tinggal bersama-sama dengan mana-mana anak
anda. Banyak kenangan manis yang anda kongsi bersama dengan isteri anda dahulu
masih segar dalam ingatan anda.
Justeru sepanjang masa anda
tinggal sendirian, dalam kesepian, tanpa makhluk-makhluklain, terutama manusia
yang boleh anda berbual-bual dan berbincang denga andas. Anda tidur sendirian
dan bangun sendirian.
Setiap hari, malah setiap masa
anda hidup dalam kesepian, kerana tidak ada makhluk, khususnya manusia bersama
anda. Justeru rumah anda di penghujung jalan, menyebabkan kedaan menjadi
bertambah sepi. Yang kedengaran sekali sekala ialah bunyi unggas dari semak di
belakang rumah anda.
Anda hanya bertemu manusia bila
anda keluar rumah untuk berpergian ke mana-mana, terutama ke masjid untuk solat
bila azan dikemundang lima kali sehari.
Anda sebenarnya kesepian.
Kesendirian tapa teman.
TAPI
Anda tidak kesunyian. Kesepian
dan kesunyian adalah dua perkara yang berlainan, walaupun kedengaran hampir
sama bila disebutkan.
Kesunyian ialah berbeza dari
kesepian.Sebagaimana lonely berbza dengan alone. Kesepian seperti digambarkan
diatas tadi. Tapi kesunyian ialah sesuatu yang melanda hati dan perasaan anda.
Hati menjadi sunyi bukanlah
kerana ketiadaan teman untuk berbicara atau kerana anda tinggal sendirian dalam
kesepian. Hati sesseorang mungkin akan dilanda kesepian juga walaupun dia
berada bersama dengan orang lain.
Hati dsigigit sunyi itu tetap
sunyi juga walaupun dia berada bersama-sama dengan orang-orang yang
diksaihinya, seperti bersama anak dan isteri.
Malah hati yang kesunyian itu
tetap sunyi walaupun dia berada di tengah-tengah lautan ribuan manusia. Kerana
kesunyian itu bukan kebendaan, tapi satu hakikat hati yang sunyi.
Kesunyiaan ini mungkin boleh membahayakan
kesihatan seseorang jika dibiarkan terus bertakhta di hati sanubari, antaranya
ia boleh menganggu kesihatan, seperti menimpakan gangguan kepada jantung.
Ramai orang dikamung-kempung menghabiskan
masa di kedai-kedai kopi. Mereka duduk-duduk lama
menghabiskan masa sambil meneguk arak atau minum segelas kopi o. Perbualannya panjang merentas
dunia. Termasuk juga umpat dan cela orang-orang lain. Salah satu tujuan mereka
berbuat demikian mungkin untuk menghilang kesunyian melimpah di hati.
Kepada penduduk-penduduk bandar,
di kota-kotaa pulal ragamnya lebih hebat lagi untuk menentang kesunyain
itu.Mereka berkerumi di kelab-kelab malam, berjudi, mabuk dan berzina.
Mula-mulanya mungkin untuk
berhibur, bersuka-suka, atau menghilangkan penat lelah dengan melakukan maksiat
atau dosa, tapi kemudiannya, disedari atau tanpa disedari, dosa-dosa yang
mereka lakukan menyunyikan atau menyebabkan hati mereka dibungkus oleh
kesunyian.
Mungkin juga sebahgian besar dari
mereka hari ini menghabiskan masa mereka yang panjang menonton hiburan di
hadapan kaca tv bertujuan untuk menghilangkan kesnyian yang membungkus hati
mereka.
Ksunyian tidak mungki terubat
dengan adanya orang-orang lain bersama, isteri, suami, anak-anak dan cucu. Ia
bukan kesepian yang boleh terhapus dengan cara begitu. Tapi ia melibatkan hati
yang mermerlukan rawatan khusus.
Makin sunyi hati mereka, makin
banyak mereka melakukan dosa, dan makin banyak dosa yang mereka laku, maka
makin sunyi hati mereka. Dan akhirnya mereka menjadi kumpulan syaitan yang akan
mengheret ke neraka dunia, dan lebih
buruk lagi ke neraka akhirat.
Tegasnya kesunyian hati menimpa
ke atas seseorang adalah kerana perangainya yang buruk, tegasnya kerana dosa
atau maksiat yang dilakukannya telah merosakkan hatinya.
Justeru itu, kesunyian hati
seperti ini hanya dapat dirawati dengan kembali ke pangkal jalan, segeralah
minta ampun kepada Tuhan, bertaubatlah. Takutlah kepada hukum Allah. Taubatlah
yang akan membasuhkan hati yang sunyi.
Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Sesorang hamba
itu tidak ditimpa sesuatu kesusahan, kecuali dengan sebab dosa”.
Justeru itu bersegeralah
bertaubat untuk membersihakan hati dari segala karat dasn noda maksiat dasn
dosa. Di situlah letaknya rahsia keketangan hati.
Kg.Parit,
24 April 2019.
No comments:
Post a Comment