Monday, 6 May 2019

TABIAT JAHAT SUKAMENYELAHKAN ORANG LAIN



TABIAT JAHAT SUKA EMMPERSALAHKAN ORANG LAIN BELAKA


MANUSIA ini makhluk yang unik.


Manusia ini makhluk yang cukup istimewa.


Dalam diri manusia ada berbagai-bagai sifat yang berbeza—beza, malah bercanggah-ruah antara satu sama lain.


Ada unsur baik, dan pula unsur jahat.


Ada unsur sayang, dan ada unsur benci.


Ada unsur pahala, dan unsur dosa.


Dan sebagainya.


Di sebalik semua itu manusia diberi kemampuan untuk memilih dan menilai mana-mana  unsur yang mereka sukai; buruk atau baik, iaitu dosa atau pahala.


Mereka dikurniakan dengan akal dan fikiran untuk  menentukan pemilihan mereka, arah perjalanan mereka ke syurga atau ke nereka.


Untuk ke syurga mereka kena pilih yang baik, dan sebaliknya untuk ke neraka mereka kena pilih jalan yang tidak baik atau yang buruk.


Cara yang mudah untuk ke neraka ialah menuruti kehendak hawa nafsu dan mengikuti telunjuk syaitan yang terkutuk. Jalan ke neraka memang amat mudah, menyenangkan dan amat disukai.


Tapi tidak ada jalan mudah untuk ke syurga.Ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan cekal hati, kerana di perjalananya banyak onak dan duri yang akan menggoriskan kakinya tapi akan mencakar seluruh badannya. Berhati-hatilah kaki melangkah supaya tidak terserandung ke lembah curang yang akan membawa ke neraka jahanam.


Salah satu sifat buruk dan tercela milik makhluk manusia ialah suka mempersalahkan orang lain dalam semua keadaan.


Andainya sesuatu perkara yan telah mereka usahakan itu gagal diperolehi maka dengan gampang mereka akan menuding jari mempersalahlan orang lain, walaupun kesalahan tersebut terletak di punduk mereka sendiri.


Banyak bidang yang mempengaruhi manusia  berperangai keji seperti ini. Dari sekecil-kecil perkara membawa kepada sebesar-besar perkara, mereka sentiasa mempersalahkan orang lain dalam semua keadaan, walaupun mereka sebenarnya berada di pihak yang salah.


Yang paling hampir dengan kita ialah dunia rumahtangga yang kadang-kadang menjadi begitu kmplikited. Banyak perceraian berlaku hari ini hanya dalam usia yang singkat. Tidak bermakna dengan cinta yang dicanang dan digembar-gemburkan selama bertahaun-tahn sebelum diijabkablukkan sebagai suami isteri.


Salah satu puncanya ialah kerana suami dan isteri suka mempersalahlan antara satu sama lain, jika berbangkit sesuatu perkara yang tidak diingini. Masing-masing tidak ingin mengaku salah, justeru tidak  ada pihak yang berusaha untuk memperbetulkan kesalahan diri masing-masing, kerana menganggap diri mereka semuanya betul, bersih dan yang salahnya ialah orang sebelah pehak lagi.


Maka perkahwinan itupun berakhir dengan kemusnahan yang mungkin boleh diselamatkan jika kedua-dua suami isteri mengambil langkah bijaksana dan wajar.


Di antara adik beradik pun sering berlaku persengketaan, berpunca dari perkara kecil-kecilan akibat sering salah mempersalahkan antara satu sama lain, sebagaimana kanak-kanak adik beradik yang berbalah kerana berebut makanan si bawah saji, atau bererbut kasih sayang ibu.Si pesalah yang mengambil makanan yang bukan haknya itupun tidak bersedia mengaku salah, sebaliknya menyalahkan adik atau abangnya  yang tamak.


Dalam sukan pun boleh menyebabkan berlaku kekeceohan, seperti dalam permainan bola sepak, bila pasukan yang berharap-harap dan menduga pihaknya yang akan menggondol kemenangan, tapi kerana kesilapan pemain-pemainnya, mereka tewas, tapi para pemain  tidak bersedia untuk mengakui kesilapan mereka, malah sebaliknya melemparkan tuduhan ke atas para pengadil yang dituduh berat sebelah, ataupun menuduh jurulatih tidak cekap, sedang jurulatih tidak bermain bola.


Dalam permainan untuk bersula-suka sebagai penghibur, seperti permainan catur atau aji, berlaku juga kekecuhan, kerana ketika berlain itu ada pehak bermain khilat atau menipu, tapi bila perbuatan tidak amanahnya itu disedari oleh lawannya, lalu menuduh dia menipu, tapi secara semborono mereka menafikannya, dan sebaliknya menuduh lawannya itu yang tidak pandai bermain.


Perkara yang lebih buruk lagi telah berlaku dalam masyarakat Islam sejak kebelakangan ini, akibat menuding orang lain yang bersalah, dan mendakwa mereka yang benar.


Kita ambil contoh dalam bidang dakwah. Sejak kebelakangan ini telah tercetus dengan meluas pendapat  yang bertentangan mengenai sesuatu hukum yang berpunca dari Hadis Rasulullah SAW. Di antara mereka yang mempunyai pendapat yang bertentangan itu ada satu pihak yang tidak dapat menerima pendapat yang berbeza lalu melempar berbagai-bagai tuduhan yang tidak wajar dan buruk ke atas pehak yang satu lagi, terutama sekali tuduhan Wahabi dan sebagainya.


Demikian juga dalam politik. Seperti lumrah, mesti ada perbezaan pendapat, malah tidak jarang perbezaan itu sengaja diada-adakan untuk menunjukkan pihak mereka yang benar walaupun di mata semua orang yang ikhlas mengatakan mereka yang salah.
Jika ada pehak yang mengatakan “kamu telah berbuat salah ni”, dan mereka seboleh-boleh manfikannya dan cuba menegakkan benang basah, dan melemparkan tuduhan ke pehak yang lain pula, atau setidak-tidaknya mengatakan “mereka itupun berbuat perkara yang salah  juga, tapi kenapa tidak disibuk-sibukkan dan tidak diambil tindakan?”.


Dan sikap menuding jari ke arah orang lain sebagai pesalah terus merebak ke berbagai-bagai peringkat di negara kita, di mana orang bersalah tetap mengatakan dia benar, walaupun di mata umum ataut di mata masyarakat mereka tetap bersalah lahir dan batinnya.


Tidak cukup dengan itu ada pula dari kalangan mereka yang mengambil kesempatan mengapi-ngapikan perbezaaan itu dengan menyokong pihak yang bersalah dengan mengatakan dan mempertahankan ianya sebagai benar.


Inilah sikap buruk sebahagian kita umat Islam, iaitu suka mempersalahkan orang lain, dan suka mencari dan mendedahkan segala keaiban orang lain. Dengan itu bererti mereka telah menutup kebenaran dengan merasa diri mereka sentiasa betul dan benar.


Dengan sikap itu mereka tidak mempunyai ruang untuk memeriksa diri sendiri, mencari salah dan silap diri sendiri sebagaimana digalakkan oleh Islam.
Maka dengan itu mereka telah menutup pintu taubat kerana selalu merasa diri benar dan suka mempersalahkan orang lain.


Allah menempelak orang-orang angkuh yang menganggap dirinya sentiasa suci dan bersih dalam al-Quran dengan firman Nya yang bermaksud”
“Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu dari tanah, iaitu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa”. An-Najm:32.


Marilah kita kembali ke jalan yang benar,  meninggalkan sifat tercela suka menuding jari ke arah orang lain sebagai pesalah, sedangkan kita sendiri yang berlumurqn dengan umpur kesalahan. Inilah ibrat orang tua-tua, “Kuman di seberang lautan nampak, tapi gajah di hadapan mata tidak nampak”.


Sekian sekadar untuk renungan bersama dalam meniti hidup dan membina kekuatan diri dalam mencari keredhaan Allah.

7 Mei 2019
Kg.Kubang Siput, Kb.Kelantan.

No comments:

Post a Comment