RAHSIA KOLAH
Pada suatu hari ketika keluar dari masjid selepas solat Zohor di Masjid Al-Qasimi, Pt., seorang wanita muda bertanya saya, adakah masjid itu menggunakan kolah.
“Tak ada”,
jawab, kerana masjid itu memang tidak berkolah. “Kenapa? Nak ambil airkah?”
Tanya saya. Beliau mengiakannya.
Lalu saya
memberitahunya ada beberapa buah masjid lain yang seingat-ingat saya ada mempunyai
kolah.
Ini bukan
pertama kali orang menanya saya tentang masjid yang ada kolah, kerana mereka
memerlukan air kolah.
Kebanyakan
anak-anak zaman sekarang tidak mengetahui apa itu kolah, kerana mereka mungkin
tidak pernah mendengar perkataan tersebut atau mendengar tapi tidak pernah
melihat kolah dengan mata kepala mereka sendiri.
Kolah itu
satu tempat takungan air seperti kolam yang diperbuat daripada simin dan batu,
kebanyakannya terdapat di masjid-masjid, surau-surau dan madrasah masa dulu
bisanya yang tidak mempunyai bekalan air paip.
Sedangkan
air salah satu bahan penting dalam peribadatan Islam.
Ia digunakan
untuk membersihkan atau menyucikan dari hadas kecil dan besar, atau membersih
ruhani dan jasmani. Kerana air adalah satu bahan yang penting untuk menyucikan
najis-najis dan hadas dan lain-lain lagi.
Untuk
membolehkan air kolah itu digunakan untuk tujuan bersuci tersebut, maka kolah
itu mestilah dibina mengikut peraturaan-peraturan yang telah ditetapkan, kalau
tidak air daam kolah itu tidak boleh dipergunakan untuk tujuan tersebut.
Syaratnya
yang penting ialah kolah tersebut mestilah dibina mengikut ukuran tertentu dan
mengandungi air mengikuti sukatan atau timbangan yang tertentu
Kalau dulu
biasanya menggunakan sukatan tin minyak tanah atau minyak ganas, iaitu bahan
bakar yang digunakan sebelum ada gas seperti sekarang. Justeru itu air tersebut
mestilah sebanyak 92/3 tin minyak tanah, yang dapat memenuhi paras kolah
sedalam 221/2 inci, lebar 221/2 inci dan
panjangnyas 221/2 inci, iaitu berbentuk empat persegi.
Kalau
ditimbang pula air itu seberat 500 kati Baghdad [timbangan yang digunakan
dimasa yang lalu sebgai cupak Basghdad, iaitu sema dengan sebanyak 3301/2 kati
timbangan Malaysia.
Justeru
kolah-kolah tersebut dibina dengan ukuran dapat memmuat air lebih dari satu
kolah,
Di masjid,
di surau air dalam kolah itu digunakan untuk mengambil wudhuk dan membersih
najis. Kecil atau besar.
Tapi orang
tadi mencari air kolah tadi untuk tujuan perubantan tradsiona. Perawat-perawat
tradisional biasanya memerlukan air kolah sebagai bahan ubat, terutama membuat
tawar dan seumpamanya.
Isnin
25febuar, 2019
No comments:
Post a Comment