Wednesday 15 May 2019



MANUSIA-MANUSIA BERGELAR DAN KEISTIMWWAANNYA


LUMRAHNYA setiap manusia yang lahir diberikan nama-nama yang tertentu oleh ibu bapa mereka untuk mengenali dan membezakan antara seseorang dengan seseorang dalam keluarga dan juga dalam masyarakat dunia.
Ia merupakan kad pengenalan asli diri seseorang untuk dia dan orang lain mengenali diri dan anak siapa dia, kerana bapaknya juga mempunyai nama-nama yang tertentu.
Nama-nama itu akan menjadi lebih istimewa kemudian hari   jika ianya digandingkan dengan gelaran-gelaran tertentu pula.
Ada beberapa tujuan gelaran-gelaran itu disangkutkan kepada nama seseorang yang menjadi amalan yang disukai oleh sesetengah masyarakat dan negara di dunia. Malaysia dan penduduknya adalah salah sebuah daripada negara itu.
Gelaran-gelaran itu diberikan kepada seseorang tokoh yang berjasa kepada negeri atau negara tersebut. Biasanya sejak kebelakangan ini tokoh-tokoh yang banyak dikurniakan gelaran ialah ahli-ahli politik, tokoh-tokoh perniagaan. Dan sejak kebelakangan ini para penghibur juga sering dikurniakan dengan gelaran.
Yang memberikan gelaran-gelaran itu ialah pihak berkuasa atau kerajaan sesebuah negeri dan juga negara. Kalau di peringkat negeri ia dikendalikan khusus oleh pihak istana diraja, dan disampaikan oleh sultan atau raja di negeri itu.
Sementara di peringkat pusat ia diuruskan oleh kerajaan pusat, tapi di sampaikan oleh KDYMM Seri Paduka Yang Dippertuan Agong kepada penerimanya di hari-hari tertentu.
Gelaran di peringkat negeri biasanya ialah datok, dan gelaran datok itu pula ada mempunyai berbagai-bagai kategori. Sementara di peringkat pusat pula ada gelaran Tun dan Tan Sri.
Gelaran-gelaran ini adalah gelaran-gelaran yang istimewa dalam masyarakat, di mana kehadiran penerima gelaran itu di sesuatu tempat akan dihormati sebagai tetamu istimewa yang diberi layanan yang khusus.
Pengurniaan gelaran-gelaran itu boleh dan pernah ditarik balik oleh pengurnianya kerana sebab-sebab tertentu, seperti penerimanya terlibat dalam kes-kes mahkamah yang berkait dengan jenayah dan sebagainya. Raja-raja atau sultan-sultan yang mengurniakan pengurniaan itu boleh menarik balik pengurniaannya kerana sebab-sebab tersebut.

Gelaran Sendaan
Di samping gelaran-gelaran istimewa yang diminati ramai itu, ada lagi gelaran-gelaran yang tidak disukai yang dikurniakan secara langsung kepada seseorang yang juga mempunyai “keistimewan” yang tertentu.
Biasanya gelaran-gelaran ini dikurniakan oleh masyarakat atau orang ramai tempatan yang mengenali orang itu. Gelaran-gelaran ini biasanya diberikan kepada seseorang berdasarkan kepada sifat-sifat fizikal seseorang yang kurang atau tidak menyenangkan,
Gelaran-gelaran ini basanya merupakan gelaran untuk menghina atau mengejek ataupn untuk suka-suka kepada seseorang.
Ia telah berlaku lama dalam masyarakat, bermula dari masyarakat desa atau kampung lagi. Gelaran itu diberikan kadang-kadang ada juga bertujuan yang baik, iaitu sebagai pengenalan diri seseorang supaya mudah dicami, atau dikenali terutama ketika ada keperluan untuk mengenalinya  seperti dicari orang.
Tapi pengurniaan gelaran untuk mengejek ini atau untuk dijadikan bahan sendaan atau lawak jenaka ini kian populer di kalangan masyakat di zaman internet ini. Ia boleh diihat dan di dengar di atas pentas, menerusi siaran radio atau tv dan juga menerusi akhbar-akhbar dan majallah-majallah.
Di kampung-kampung biasanya gelaraan diberikan kepada seseorang dengan bersumberkan kepada  sesuatu sifat yang tidak sempurna atau jelik yang dimiliki oleh seseorang, seperti pendek, tinggi, botak, gemuk, kurus, pincang dan sebagainya.
Saya senaraikan sedikit gelaraan-gelaran yang diberikan kepada seseorang berdasarkan kejeliikan yang ada pada mereka.
-Muda Belacan- kerana orang suka menggaru atau menggaruk gatal, seperti beruk kena belacan
-Daud Besar- kerana tubuhnya yang besar daripada biasa.
-Minah Birat- kerana disudut sebelah mulutnya ada tanda birat.
-Mamat Butut- kerana bentuk kepalanya berbentuk butut atau bunjul sedikit di bahagian tengah dan atas kepalanya.
-Dolah kawah- kerana bentuk mulutnya luas atau suaranya deras atau kuat bia bercakap.
-Maryam Ketok – kerana tubuhnya terallu pendek.
Salamah Kewet- kerana caranya berjalan tidak betul seperti lumrah, kerana kakinya lembek sebelah, dan berjalan seperti itik.
-Hasmah Juling- kerana matanya juling.
-Ali Soyak- kerana suaranya deras bila bercakap.
-Kalsum Tonggek- krana buntutnya berbentuk tonggek, atau tinggi ke atas.
Selain daripada sifat-sifat fizikal itu ada juga gelaran-gelaran yang diberikan berdasarkan kebiasaan atau kegemaran seseorang. Antaranya:
-Hussin Pelandok- kerana dia seorang yang pandai menipu daya atau mengecek orang dengan kata-katanya.
Halim Sekarang -kerana dia seorang yang suka menggunakan perkataan sekarang dalam percakapannya.
Pak Lah Burung- kerana suka menangkap burung, tak kira siang atau malam.
Demikianlah sekadar contoh yang terlintas dalam kepala saya, dan saya percaya masih banyak lagi gelaran-gelaran yang sering dan akan digunakan untuk menggelarkan seseorang.
Gelaran-gelaran ini biasanya tidak akan ditanggalkan sehingga seseorang itu meninggal dunia dan gelaran tetap digunakan sebagai pengenalan diri mereka.
Walau bagaimanapun jangan asyik melemeparkan gelaran-gelaran terhadap orang lain sesuka hati; apakah kita merasa diri kita sudah cukup sempurna sebagai seorang hamba Allah?
Kalau gelaran yang diberikan kepada seseorang itu memang disukainya memanglah tidak menjadi masalah, tapi kalau gelaran itu tidak disukainya atau mencetuskan kemarahannya?
Ia akan bertukar menjadi problem kerana ia merupakan satu ejekan atau kejian yang menempah dosa.
Marilah kita hidup dalam sebuah masyarakat yang harmoni, aman damai berpelantarkan saling percaya dan mempercayai, serta hormat menghormati antara satu sama lain sebagaimana digariskan oleh Islam.
Allah berfirman, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka  yang diperolok-olokkan lebih baik dari mereka yang mengolok-olokkan...... Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk........”.Al-Hujurat: 11.
Nabi SAW juga bersabda maksudnya:
“Mncela seseorang Muslim adalah kefasikan, dan membunuhnya adalah kekufuran”.
Justeru itu berhati-hatilah dalam menggelarkan seseorang, takut-takut menjadi fitnah yang merugikan diri kiita sendiri. Adakah kita merasa diri kita ini sentiasa lebih baik dan mulia dari orang lain?

Kg.Kubang Siput, KB.Kelantan.
11 Ramadhan 1440
16 Mei 2019

Monday 6 May 2019

TABIAT JAHAT SUKAMENYELAHKAN ORANG LAIN



TABIAT JAHAT SUKA EMMPERSALAHKAN ORANG LAIN BELAKA


MANUSIA ini makhluk yang unik.


Manusia ini makhluk yang cukup istimewa.


Dalam diri manusia ada berbagai-bagai sifat yang berbeza—beza, malah bercanggah-ruah antara satu sama lain.


Ada unsur baik, dan pula unsur jahat.


Ada unsur sayang, dan ada unsur benci.


Ada unsur pahala, dan unsur dosa.


Dan sebagainya.


Di sebalik semua itu manusia diberi kemampuan untuk memilih dan menilai mana-mana  unsur yang mereka sukai; buruk atau baik, iaitu dosa atau pahala.


Mereka dikurniakan dengan akal dan fikiran untuk  menentukan pemilihan mereka, arah perjalanan mereka ke syurga atau ke nereka.


Untuk ke syurga mereka kena pilih yang baik, dan sebaliknya untuk ke neraka mereka kena pilih jalan yang tidak baik atau yang buruk.


Cara yang mudah untuk ke neraka ialah menuruti kehendak hawa nafsu dan mengikuti telunjuk syaitan yang terkutuk. Jalan ke neraka memang amat mudah, menyenangkan dan amat disukai.


Tapi tidak ada jalan mudah untuk ke syurga.Ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan cekal hati, kerana di perjalananya banyak onak dan duri yang akan menggoriskan kakinya tapi akan mencakar seluruh badannya. Berhati-hatilah kaki melangkah supaya tidak terserandung ke lembah curang yang akan membawa ke neraka jahanam.


Salah satu sifat buruk dan tercela milik makhluk manusia ialah suka mempersalahkan orang lain dalam semua keadaan.


Andainya sesuatu perkara yan telah mereka usahakan itu gagal diperolehi maka dengan gampang mereka akan menuding jari mempersalahlan orang lain, walaupun kesalahan tersebut terletak di punduk mereka sendiri.


Banyak bidang yang mempengaruhi manusia  berperangai keji seperti ini. Dari sekecil-kecil perkara membawa kepada sebesar-besar perkara, mereka sentiasa mempersalahkan orang lain dalam semua keadaan, walaupun mereka sebenarnya berada di pihak yang salah.


Yang paling hampir dengan kita ialah dunia rumahtangga yang kadang-kadang menjadi begitu kmplikited. Banyak perceraian berlaku hari ini hanya dalam usia yang singkat. Tidak bermakna dengan cinta yang dicanang dan digembar-gemburkan selama bertahaun-tahn sebelum diijabkablukkan sebagai suami isteri.


Salah satu puncanya ialah kerana suami dan isteri suka mempersalahlan antara satu sama lain, jika berbangkit sesuatu perkara yang tidak diingini. Masing-masing tidak ingin mengaku salah, justeru tidak  ada pihak yang berusaha untuk memperbetulkan kesalahan diri masing-masing, kerana menganggap diri mereka semuanya betul, bersih dan yang salahnya ialah orang sebelah pehak lagi.


Maka perkahwinan itupun berakhir dengan kemusnahan yang mungkin boleh diselamatkan jika kedua-dua suami isteri mengambil langkah bijaksana dan wajar.


Di antara adik beradik pun sering berlaku persengketaan, berpunca dari perkara kecil-kecilan akibat sering salah mempersalahkan antara satu sama lain, sebagaimana kanak-kanak adik beradik yang berbalah kerana berebut makanan si bawah saji, atau bererbut kasih sayang ibu.Si pesalah yang mengambil makanan yang bukan haknya itupun tidak bersedia mengaku salah, sebaliknya menyalahkan adik atau abangnya  yang tamak.


Dalam sukan pun boleh menyebabkan berlaku kekeceohan, seperti dalam permainan bola sepak, bila pasukan yang berharap-harap dan menduga pihaknya yang akan menggondol kemenangan, tapi kerana kesilapan pemain-pemainnya, mereka tewas, tapi para pemain  tidak bersedia untuk mengakui kesilapan mereka, malah sebaliknya melemparkan tuduhan ke atas para pengadil yang dituduh berat sebelah, ataupun menuduh jurulatih tidak cekap, sedang jurulatih tidak bermain bola.


Dalam permainan untuk bersula-suka sebagai penghibur, seperti permainan catur atau aji, berlaku juga kekecuhan, kerana ketika berlain itu ada pehak bermain khilat atau menipu, tapi bila perbuatan tidak amanahnya itu disedari oleh lawannya, lalu menuduh dia menipu, tapi secara semborono mereka menafikannya, dan sebaliknya menuduh lawannya itu yang tidak pandai bermain.


Perkara yang lebih buruk lagi telah berlaku dalam masyarakat Islam sejak kebelakangan ini, akibat menuding orang lain yang bersalah, dan mendakwa mereka yang benar.


Kita ambil contoh dalam bidang dakwah. Sejak kebelakangan ini telah tercetus dengan meluas pendapat  yang bertentangan mengenai sesuatu hukum yang berpunca dari Hadis Rasulullah SAW. Di antara mereka yang mempunyai pendapat yang bertentangan itu ada satu pihak yang tidak dapat menerima pendapat yang berbeza lalu melempar berbagai-bagai tuduhan yang tidak wajar dan buruk ke atas pehak yang satu lagi, terutama sekali tuduhan Wahabi dan sebagainya.


Demikian juga dalam politik. Seperti lumrah, mesti ada perbezaan pendapat, malah tidak jarang perbezaan itu sengaja diada-adakan untuk menunjukkan pihak mereka yang benar walaupun di mata semua orang yang ikhlas mengatakan mereka yang salah.
Jika ada pehak yang mengatakan “kamu telah berbuat salah ni”, dan mereka seboleh-boleh manfikannya dan cuba menegakkan benang basah, dan melemparkan tuduhan ke pehak yang lain pula, atau setidak-tidaknya mengatakan “mereka itupun berbuat perkara yang salah  juga, tapi kenapa tidak disibuk-sibukkan dan tidak diambil tindakan?”.


Dan sikap menuding jari ke arah orang lain sebagai pesalah terus merebak ke berbagai-bagai peringkat di negara kita, di mana orang bersalah tetap mengatakan dia benar, walaupun di mata umum ataut di mata masyarakat mereka tetap bersalah lahir dan batinnya.


Tidak cukup dengan itu ada pula dari kalangan mereka yang mengambil kesempatan mengapi-ngapikan perbezaaan itu dengan menyokong pihak yang bersalah dengan mengatakan dan mempertahankan ianya sebagai benar.


Inilah sikap buruk sebahagian kita umat Islam, iaitu suka mempersalahkan orang lain, dan suka mencari dan mendedahkan segala keaiban orang lain. Dengan itu bererti mereka telah menutup kebenaran dengan merasa diri mereka sentiasa betul dan benar.


Dengan sikap itu mereka tidak mempunyai ruang untuk memeriksa diri sendiri, mencari salah dan silap diri sendiri sebagaimana digalakkan oleh Islam.
Maka dengan itu mereka telah menutup pintu taubat kerana selalu merasa diri benar dan suka mempersalahkan orang lain.


Allah menempelak orang-orang angkuh yang menganggap dirinya sentiasa suci dan bersih dalam al-Quran dengan firman Nya yang bermaksud”
“Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu dari tanah, iaitu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa”. An-Najm:32.


Marilah kita kembali ke jalan yang benar,  meninggalkan sifat tercela suka menuding jari ke arah orang lain sebagai pesalah, sedangkan kita sendiri yang berlumurqn dengan umpur kesalahan. Inilah ibrat orang tua-tua, “Kuman di seberang lautan nampak, tapi gajah di hadapan mata tidak nampak”.


Sekian sekadar untuk renungan bersama dalam meniti hidup dan membina kekuatan diri dalam mencari keredhaan Allah.

7 Mei 2019
Kg.Kubang Siput, Kb.Kelantan.

Friday 3 May 2019

KENAPA PENULIS MUDA DIDERA?






KENAPA PENULIS MUDA DIDERA?


HARI  ini  [3 May 2019] saya membaca seimbas, tulisan-tulisan dalam FB mengenai pengalaman  penulis-penulis muda yang didera oleh bapak-bapak penulis kerana mereka  penulis baru.

Di samping itu sejak kebelakangan ini telah sampai juga ke telinga saya beberapa orang penulis yang mengalami nasib yang sama.

Ada di antara mereka mengambil masa lebih dari enam bulan malah ada yang bertahun-tahun baru diberi ruang dalam penerbiitan, setelah menghantar karya-karya mereka dari masa ke masa dan ditongsampahkan oleh pihak penerbit  tersebut.

Saya merasa simpati dengan mereka.

Saya hampir tidak pernah mengalami pengalaman seperti itu, diderakan. Semua karya-karya yang saya hantarkan di mana-mana penerbitan dihberikan tempat yang sewajarnya, dari sejak saya belajar menulis masa di bangku sekolah lagi.

Banyak akhbar-akhbar dan majalah-majaah tanah air yang menyiarkan rencana-rrencana yang saya hantarkan. Saya percaya jumlah semuanya ada selonggok. Saya hanya berhenti menulis untuk meddia massa bila saya menggunakan internet untuk menyiarkan segala karya-karya saya itu, termasuk menerusi blog. Saya percaya jumlahnya selonggok juga, dan Alhamdulillah saya masih terus menulis lagi hingga ke saat ini.

Saya mempunyai banyak nama samaran, tapi yang paling populer ialah Razin.M.S.

Pengalaman Didera
Walau bagaimanapun saya juga pernah mengalami didera dalam usia tua saya. Dengan tujuan untuk mengalih rasa saya cuba menulis untuk akhbar  baru dan majalah-majalah yang diterbitkank oleh penerbitan yang sama waktu itu. Masa itu ia  di bawah kawalan seorang pengarang yang masih ada lagi sampai sekarang, dan sudah bergelar Datok.

Di mana berbelas-belas rencana yang saya hantarkan tidak satupun diberi tempat.

Tapi saya tidak kisah, saya lalu berhenti memberi sumbangan untuk akhbar tersebut  dan terus mengirim tulisan ke meddia biasa seperti di masa-asa yang lalu. Pada masa itu, saya tidak merasa saya didera, tapi saya merasa rencana-renana saya itu tidak berkualiti dan tidak layak diberi tempat, walaupun mengikut pengamatan saya karya-karya yang disiarkan oleh penerbit tersebut tidak sehebat mana.

Pengalaman Saya Tidak Mendera
Saya juga pernah berpuluh-puluh tahun "menjaga" majalah-majalah dan akhbar. Tapi berani saya  katakan saya tidak pernah mendera mana-mana penulis yang menghantar karya mereka. Baik dia penulis lama atau baru.

Setiap tulisan yang kami terima, jika kandungannya  wajar, berguna dan bertanggungjawab kami siar tanpa mengira siapa penulis.Malah jika karya-karya itu perlu diperbaiki,  kami mempernhaikinya untuk siaran dengan menggunakan nama asal penulis walaupun separuh daripada tulisan itu mer rupakan  tamabahan kami untuk melengkapkannya.

Sekian.

2hb.Mei 2019
Kubang Siput, Kota Bharu,Kelantan.





Monday 29 April 2019

JAGA MATA CARA TRADISIONAL





MENJAGA  MATA CARA TRADISIONAL







MATA adalah salah satu anggota yang penting.

Setiap manusia dikurniakan Allah dengan dua biji mata yang terletak di bahagian mukanya


Demikian juga lumrahnya makhluk Allah yang bernyawa dan bergerak, seperti haiwan-haiwan dikurniakan Allah mata.

Fungsi utama mata ialah untuk melihat, sepeerti untuk berjalan, makan, untuk membaca dan sebagainya,


Tanpa mata sudah tentu manusia tidak dapat melihat dan menjadi pembenteng kepadanya untuk melakukan sesuatu dengan mudah dan lebih sempurna.


Namun begitu, dua biji mata itu tidak berfungsi andainya ia mengalami kecederaan atau kerosakan yang menglalang mata darada melihat.

Justeru kita perlu  menjaga mata kita dengan sewajarnya supaya ianya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.


Saya tidak fikir ada mana-mana manusia yang waras bersedia untuk  menukar dua biji mata yang dimilikinya itu dengan seguunug intan sekalipun.



Menjaga Mata

Di sini kita unggkapkan beberapa petua mengenai cara-cara untuk mengatasi problem yang menimpa mata.



Jika Sampah Masuk Mata        

Jika sampah masuk mata ada dua cara untuk mengatasinya.

Pertama anda hendaklah meminta bantuan seseorang untuk menanggalkan sampah dalam mata anda itu. Caranya ialah dengan menggunakan perca kain yang lembut dan bersih untuk mengambil dan mengeluarkan sampah dalam mata itu,iaitu dengan mengenakan perca kain kepada sampah, seperti pasir  di mana  ia akan melekat di situ untuk dikeluarkan dari biji mata anda.


Kedua dengan cara mencelik dan merendamkan  mata yang bersamph  itu dalam  air bersih yqng dimasukkan ke dalam sebuah pinggan yang bersih dan putih.


InsyaAllah akan keluar ke dalam pinggan itu.



Jika Sakit Mata

Sakit mata ada beberapa keadaan, ataranya mata merah, mata gatal, mata terasa sakit, mata berair, mata bertahi dan lain-lainlagi.

Susu ibu adalah ubat sakit mata yang mujrab. Ketika saya kanak-kanak dulu, andainya saya terkena sakit mata dan ibu saya sedang menyusu bayi, ibu saya menitiskan susu dari teteknya ke dalam mata saya yang bermasaslah itu. Mula-mulanya terasa pedih sedikit. Tapi satu atau dua kali tetes sahaja mata saya menjadi baik.


Air kencing juga boleh merawat sakit mata. Caranya ialah  dengan cara mengencing di hujung cari telunjunk anda yang bersih, kemudian masukkan ke dalam mata melalui sudut mata, kalau mata kanan, sudut mata sebelah kiri, dan kalau mata kiri sudut mata sebelah kanak.


Mula-mulanya terasa perdih sedikit. Inilah yang saya lakukan ketika saya masih kanak-kanak dulu. Mungkin pada masa mungkin air mata saya bersih daripada sebarang kuman penyakit. Sekali atau dua kali sapu sahaja penyakit mata boleh sembuh dengan izin Allah.


Jika sakit mata itu jenis merah dan bertahi, kulit rambai amatlah mujrab untuk merawatnya. Ambil selaput kulit rambut yang lembut dengan mengikisnya daripada batang pokoknya, kemudian bungkus dengan kain yang bersih, dan cantum kemas-kemas, dan gunakan untuk mendemah mata yang sakit, di bahagian kira dan kanan mata. Dengan cara ini tahi matapun akan hilang dan tidak menjijikkan. Demahlah dari waktu ke waktu hingga sembuh.



Terperik Air Lada

Jika anda sedang menumbuk sambal lada, tiba- tiba air lada itu mercik ke mata anda, apa yang anda hendak buat? Jangan genyeh mata anda dengan tangan, tapi segeralah basuh dengan air yang bersih. Kemudian sapulah minyak kelapa asli pada hujung tulang salbi, Insya Allah pdihnya akan segera menghilang.



Menjernihkan Mata

Mata boleh dijernihkan dengan menitiskan air bembam ke dalam mata. Bemban ialah sejenis pokok lembut yang kulitnya digunakan untuk menjahit atap nipah atau sagu. Sebelah atas batangnya ada pucuk-pucuk muda, yang biasanya di daslamnya ada air yang sejuk rasanya.


Setiap pagi ambil pucuk bemban yang muda itu dan titiskanlah airnya ke dalam mata,setelah mempastikan tidak ada sampah terkandung di  dalamnya.



Kiar Bawang

Biasanya mengoyak atau mengupas bawang, seperti bawang merah akan mengeluarkan kiar yang memedih dan menyebabkan mata berair, terutama mereka yang alahan dengannya.

Kiar bawang ini boleh dikurangi atau diatasi dengan mengupas bawang itu di dalam air. Masukkan air ke dalam sebuah mangkuk, kemudian masukkan bawang yang hendak dikupas itu hingga tenggelam ke dalamnya dan kupaslah.


Demikianlah sedikit petua yang dapat kami utarakan mengenai penjagaan mata, salah satu anggota kita penting itu.

Apa yang saya utarakan di atas merupakan pengalaman penulis sendiri semata, dan saya tidak menyarakan sesiapa menggunakan air kencing untuki merawat sakit mata.



                   ******

“...Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata [mereka] terbelalak, mereka datang bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mengangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong”, Ibrahim:43.



   Kubang Siput,
28 April, 2019