Thursday, 4 April 2019

MENGGKOREKSI DIRI SENDIRI





MEMPERBETULKAN DIRI SENDIRI









Kerja-kerja memperbetulkan atau menunjukkan jalan yang benar adalah merupakan profesion yang bersifat  perguruan.



Seperti guru sekolah, mengajar kanak-kanak memperolehi ilmu pendidikan, guru-guru agama mengajar  kanak-kanak bejalar ilmu agama yang betul, guru al-Quran mengajar kanak-kanak belajar membaca al-Quran dengan betul, guru sekolah memandu, mengajar pemandu-pemandu supaya memandu dengan betul di jalan raya,untuk mengelak kemalangan dan juga disaman oleh pihak berkuasa keselamatan jalan raya.



Di samping itu ada guru-guru yang tidak diiktiraf oleh undang-undang dan moral, seperti guru ajaran songsang mengajar orang beramal dengan ajaran agama yang salah, guru mencuri, mengajar untuk mencuri, orang menipu mengajar orang untuk menipu dengan licin dalam berbagai-bagai bidang dan cara. Demikianlah seterusnya.



Ada satu satu lagi ilmu yang amat penting dipelajari ialah ilmu untuk mengkoreksi atau memperbetulkan diri. Ilmu ini tidak ada persekolahan yang khusus. Ia biasanya diperolehi menerusi pengalaman, dan secara tidak langsung dari berbagai-bagai sumber ilmu yang diperolehi. Ia juga mungkin ditunjuk ajar oleh guru-guru akhlak atau agama secara tidak langsung.



Sebelum kita melakukan koreksi diri, kita terlebih dahulu mesti mengetahui apa yang sebenarya yang hendak kita baiki atau perbetulkan itu, tegasnya kita meseti mengetahui apakah kesilapan-kesilapan atau kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan ataupun terdapat  pada diri kita. Kalau tidak, apa yang kita hendak baiki? Dan bagaimana kita hendak memperbaikinya?



Di sinilah terletaknya kesulitan yang pertama, iaitu untuk memeriksa diri dan mencari kelemahan atau kesilapan diri sendiri.
Biasanya untuk mencari kesalahan diri sendiri inilah tidaklah mudah, malah amatlah sukar kepada kebanyakan orang. Sebab setiap orang biasanya mempunyai egonya sendiri, atau mempunyai kebangaan terhadap dirinya keakuannya sendiri.


Dalam hal ini, kebiasaannya setiap individu merasa dirinya betul, dirinya sahaja yang benar.  Malah sentiasa betul dan sentiasa benar. Apa yang dia kata, apa yang dia buat, apa yang dia rasa, apa yang dia dengarnya semuanya betul dan benar. Malah apa yang dia fikirpun benar belaka juga!


Justeru siapa yang sebenarnya tidak benar dan siapa yang salah? Sudah tentu orang lain, mereka yang tidak benar, mereka yang salah, mereka semua bodoh dan tidak pandai. Dan aku sentiasa benar dan betul. Dengan sikap diri sahaja yang benar dan betul begini, maka semua orang salah dan tak betul, boleh mendorongkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini, seperti perseteruan secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan.



Orang-orang yang merasa dirinya serba benar dan betul ini pantang ditegur  atau dikritik orang, kerana apa yang ditegur orang terhadapnya itu semuanya tidak betul, ia hanya fitnah belaka yang bertujuan untuk memburuk-burukkannya, walaupun semua orang berpendapat kata-kata dan perbuatannya itu memang tidak benar dan telah menyeleweng dari kebenaran.


Sedangkan salah satu cara yang baik untuk mengesan kesilapan diri sendiri ialah menerima dengan baik segala teguran orang atau kritikan orang terhadap diri kita. Jangan mudah melenting, terimalah dulu segala teguran itu dan kajilah dengan adil, benar atau tidak tanpa menipu diri. 


Kalau memang kita bersalah, akuilah dan segeralah perbaiki segala kesalahan itu, dan kalau perlu meminta maaf, pohonlah maaf kepada mereka yang berkenaan. Dengan itu suasana yang keruh dapat dijernihkan kembali. Tapi malangnya hari ini,terutama para pemimpin khuususnya  ahli-ahli politik sentiasa mendakwa mereka berada di pihak yang benar, walaupun apa yang mereka laku dan katakan itu sebenarnya salah di mata masyarakat.



Andainya mereka membuat sesuatu perkara yang memang salah dan tidak wajar sekalipun, kebanyakannya mereka tidak mengakuinya, malah tanpa segan silu berusaha menegak benang basah dengan menafikannya, menggunakan lidah yang tidak bertulang.



Malah lebih jauh lagi mereka bukan sahaja mendakwa dirinya betul, malah cuba pula mereka-reka atau membuat fitnah bahawa orang lain juga membuat salah, malah lebih teruk daripada apa yang telah mereka lakukan kalau benar mereka melakukannya sekalipun. Mereka sanggup mengumpat dan membuat fitnah sekalipun untuk mempertahankan  diri yang telah rosak akar umbi moralnya itu.



Ini merupakan perbuatan yang tidak bermoral, bukan sahaja terhdap masyarakat dan diri sendiri, tapi juga terhadap Allah SWT.
Perbuantan memuji diri sendiri, membersihkan diri sendiri dengan menghina, mengeji, mencela, mengutuk dan memburuk-burukkan orang lain adalah perbuatan yang keji dan bersikap biadab terhadap Allah Yang Maha Perkasa.



Kita sepatutnya meneropong diri sendiri, meneliti baik buruknya , salah silapnya, betul salahnya diri kita sendiri, bukanya meneropong kesalahan, kelemahan, kepicikan dan dosa orang lain. Kita perlu memperbaiki diri sendiri dulu.



Sessungguhnya kita tidak perlu memuji diri kita, memuliakan diri kita, nenyucikan diri kita, mendewa-dewakan diri kita. Allah Yang Maha Bijaksana mengetahui segala-galanya, tentang diri kita dan sesiapa sahaja yang Dia ciptakan. Sentiasalah membawa teropong untuk memeriksa dan menilai diri kita sendiri, dan jangan sama sekali menghala teropong ke arah orang lain dengan tujuan uutuk mencari dan menggorek kelemahan mereka.



Dan kita mestilah mempunyai jiwa yang besar dengan memiliki untuk melihat, memeriksa dan mengkoreksi diri sendiri. Inilah sikap orang yang berman dan bertakwa yang dikasihi Allah.



Allah berfirman memperingatkan semua makhluk Nya dalam Surah An Najm, ayat 32yang bermaksud,


“Dia mengetahui tentang kamu,  sejak Dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa”.



Demikianlah peringatan Allah untuk orang-orang suka memulia dan memuji-muji diri sendiri. Suka cakap berdegar-degar, tahi bertabur di atas geleggar”. Kembalilah ke pangkal jalan dengan pemeriksaan diri sendiri dan membaikinya dengan wajar untuk menjadi manusia beriman dan bertaqwa yang diredhai Allah.


Jangan jadi seperti cerita ayah di bawah ini.


Pada suatu hari, si ayah selepas minum-minum santai meletakkan gelas bekas minumannya itu di suatu tempat yang tidak sewajarnya, katakan di ambang pintu. Tiba-tiba datang seorang anaknya lalu di situ dan tersepak gelas tersebut. Maka si ayahpun melenting dan lalu memuntahkan kemarahan kepadanya, antara lain katanya, "Mata engkau butaah tak nampak gelas itu? Bodoh!".


Keesokan harinya pula kebetulan anak-anaknya bermain-mian berhampiran tempat tersebut. Salah seorang daripada meminum air dan meninggalkan gelas bekas minumannya berhampiran dengan tempat ayahnya meletak gelas kelmarin. Tidak lama kemudian, tiba ayahnya muncul dan lalu tersepak gelas itu. Maka beliaupun menyergah, "Siapa letak gelas di sini. Bodoh,tolol, di sini bukan tempat letak gelas. Tempat letak di atas meja di dapur sana . Bodoh!".


Demikianlah sifat manusia yang serba betul, dan orang lain semua tak kena.


JSemoga Alah jauhkan kita daripada menjadi manusia seperti itu.




Kota Bharu,
4 April 2019




No comments:

Post a Comment