MATAHARI,TAUBAT DAN KIAMAT
KALAU kita mendongok ke lanagit angkasa, baik siang atau malam, kita akan
melihat beberapa objek ciptaan Allah SWT terdapat nun jauh di sana.
Di waktu siang hari kita dapat
melihat matahari yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas bumi, terMasuk
isi-isinya yang beraneka bentuk daN rupa.
Di waktu malam pula kita dapat melihat
bulan dan bintang-gumintang \yang bekelap-kelip
nun jauh di angkasa raya.
Di samping itu ada lagi objek-objek
yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar kita, kerana letaknya terlalu
jauh di langit angkasa. Namun begitu sebahagian daripadanya dapat juga kita
lihat dengan pertolongan alat yang dipanggil teropong ciptaan manusia itu
sendiri.
Matahari adalah objek besar yang
paling tinggi yang dapat kita lihat terpampang di angkasa raya. Mengikut perkiraan
sains, jarak antara matahari dan bumi ialah 149.6 million kilometer atau 92,95
juta batu.
Ia memberikan kepada kita cahaya dan kepanasan yang biasanya amat berguna kepada semua mkhluk hidup, terutama manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Matahari hanya terbit pada siang
hari, bila malam dengan kegelapannya telah berlalu pergi.
Andainya tidak ada matahari sudah tentu tidak ada kehidupan di bumi ini termasuk makhuk manusia. Tanpa matahari dan kepanasan, dunia ini akan menjadi sejuk dan dingin, malah beku yang tidak memungkinkan manusia dan makhluk-makhluk yang lain boleh hidup atau hidup dengan sempurna dalam keadaan samar-samar atau dikelubungi oleh kegelitaan malam.
Tumbuh-tumbuhan memerkukan cahaya matahari yang mencukupi untuk terus hidup.
Allah jadikan susunan jalan cakarawala ini dengan begitu teratur dan sempurna. Malah tidak pernah bertembung malam dengan siang yang bersamanya terdapat matahari. Bila tiba malam, matahari akan mengundurkan diri dengan sendirinya.
Demikian matahari mengelilingi bumi sepanjang masa, dan bila cukup satu pusingan ia dipanggil setahun, yang terdiri pula kepada beberapa bulan, minggu, hari, jam dan detik.
Namun begitu ada juga pendapat yang mengatakan bukan matahari yang mengeliling bumi, tapi yang sebenarnya bumi yang mengeliing matahari.
Kedua-dua pendapat ini masih belum menemui titik pertemuan. Biasanya ppara ulama kebanyakkannya berhujah dan percaya bahawa bumi yang mengeliling matahari dan bukan sekaliknya.
Saya tidak memanjangkan persoalan
ini kerana ia menyempang daripada tajuk rencana singkat ini, “Matahari,
Taubat Dan Kiamat”.
Matahari Dalam Al Quran
“Pada suatu hari Nabi saw bersabda, “Tahukah kamu ke manakah matahari itu
pergi?”.Para sahabat berkata, “Allah dan Rasul Nya lebih mengetahui”.
Baginda pun
bersabda, “Sesungguhnya matahari ini berjalan sehingga sampai peredarannya di
bawah Arasy, lalu ia bersujud. Matahari
tetap selalu seperti itu sehingga dikatakan kepadanya, “Bangunlah,
kembali seperti semula engkau datang”, maka diapun kembali dan terbit dari
tempat terbitnya”. Maksud Sabda Junjungan SAW
Kitab Suci al-Quran juga banyak berbicara tentang matahari, antaranya kita petik beberapa ayat:
“Ibrahim berkata,
“Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlh ia dari barat’. Maka
bingunglah orang yang kafir itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim”.Al-Baqarah [2]:258.
-“Katahuilah
ketika melihat matahari terbit, dia [Ibrahim] berkata, “Inilah Tuhanku. Ini
lebih besar.” Tetapi ketika matahari terbenam, dia berkata, “Wahai kaumku.
Sungguh aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan”. Al-Anam[6]: 78.
Penentuan Masa
Kepada umat Islam penentuan waktu-waktu ini amat penting bukan sahaja untuk sambungan hidup, tapi juga untuk menentukan beberapa persoalan yang berhubung dengan ibadat dalam agama Islam yang perlu dilaksanakan dengan teratur dan tidak sesuka hati.
Antaranya ialah penentuan waktu untuk solat lima kali sehari semalam, iaitu solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Demikian juga dengan puasa, waktu berbuka dan waktu habis tempoh makan hendaklah diketahui dengan tepat. Kalau tidak solat dan puasa kita terbatal atau tidak syah.
Hari ini cara yang gampang untuk
mempastikan waktu sembahayang ialah dengan melihat taqwin, iaitu sejenis
kalender yang mencatat waktu-waktu
solat. Cara ini anda memerlukan jam yang dkuncl dengan tepat dan betul serta
boleh dipercayai.
Katakanlah hari ini, Isnin, 2 Syaban [9Mei 2019] waktu-waktu solat yang tercatat pada taqwn bagi Jajahan Kota Bharu ialah sebagai berikut: Maghrib pukul 7.21 minit, Iisyak pukul 8.27 minit, Subuh pukul 5.54 minit, Zuhur pukul 1.15 minit, dan Asar 4.18 minit. Justeru itu dengan berpandukan dengan jam anda tadi, dapatlah anda menunaikan solat anda tanpa ragu akan waktunya,
Tapi bagaimana pula kiranya anda berada di suatu tempat asing, jauh dari masjid yang mengkemundangkan azan, walaupun anda mempunyai jam tapi anda tidak tahu pula pukul berapa masuk solat Zuhur atau Asar?
Penentuan Dengan Matahari
Satu cara yang biasa digunakan
ialah dengan memerhati kedudukan perjalanan matahari di langit, sekiranya
langit terang atau tanpa mendung gelap yang menyelubungi bebola matahari di langit
raya.
Penentuannya begini:
1.Waktu Solat Zuhur:
Bila matahari mulai tergelincir arah ke Barat, dan bayang sesuatu benda itu lebih panjang daripada benda asalnya.
2. Waktu Solat Asar:
Bila bayang sesuatu benda itu
mulai lebih tinggi sedikit daripada bendanya yang asal.
3. Waktu Solat Maghrib:
Bila seluruh bebola matahari
terbenam hingga hilang mega atau cahaya merah di kaki langit sebelah Barat.
4. Waktu Solat Isyak:
Bila mega merah mulai hilang dari kaki langit sebelah barat sehingga terbitnya fajar sidik, iaitu fajar yang kedua di kaki langit sebelah timur. Pada waktu itu cahaya matahari kelihatan memancar terbentang dan membujur langit sebelah timur.
5. Waktu Solat Subuh:
Bila fajar sidik mulai terbit dan hingga bebola matahari naik di kaki langit sebelah timur. Waktu itu cahaya matahari kelihatan memanjang tinggi dan berakhir dengan kegelapan. Ia dikenali dengan fajar kazab.
Tanda Kiamat
Dalam Islam matahari menjadi salah satu tanda ketibaan hari terakhir alam buana ini, iaitu hari kiamat yang pasti akan datang bila tiba waktunya. Berikutnya Allah akan bentang sebuah duniia baru iaitu Dunia Akhirat yang tidak serupa dengan dunia kita hari ini, di mana makhluk-makhluk Allah terutama manusia dan jin akan dihadapkan kepada Allah untuk ditimbang amalan mereka semasa di dunia dulu. Jika mereka beramal baik tempat mereka ialah yurga, iaitu sebaik-baik tempat tinggal, tapi jika mereka beramal buruk, mereka akan dihumbang ke dalam neraka, iaitu seburuk-buruk temppat tinggal.
Orang-orang yang tidak beriman,
orang-orang kafir, orang-orang munafik tidak percaya mereka akan dibangkitkan
kembali pada hari Akhirat ini dan kan bertemu dengan Tuhan mereka, maka Allah
jajnjikan neraka untuk orang-orang mereka.
Tanda kiamat tiba bila matahari
yang biasanya terbit di sebelah timur seperti kita lihat setiap hari sekarang,
tapi pada hari itu matahari sebaliknya akan terbit di sebelah yang bertentangan,
iaitu di sebelah barat. Mereka yang berumur panjang akan dapat melihat fenomena
alam yang aneh ini.
Sebelum matahari muncul di
sebelah barat, maka terlebih dahulu bumi ini akan diselubungi oleh kegelapan
yang berlaku selama 2 hari atau 3 hari, kemudian selepas itu barulah matahari
timbul di sebelah barat.
Maka pada masa itu manusia merasa amat kegerunan dan ketakutan yang amat
sangat, justeru orang-orang yang tidak beriman, ingin kembali beriman, dan para
pendosa pun bertaubat, memohon keampunan daripda
Allah. Tapi malangnya pada masa itu segala amalan mereka, dan taubat
mereka tidak lagi diterima, kerana masa
untuk bertaubat telah berakhir dan Allah telah menutup pintu taubat.
Sacda Rasulullah yang berkaitan
dengan matahari, bermaksud:
“Bersegralah
dalam beramal sebelum datang enam perkara. Terbitanya matahari dari barat,
asap, dajjal,al-Dabbah, perkara khusus daripada kalangan kamu [kematian] dan
urusan umum [kiamat}”.Sahih Bukhari & Sahih Muslim.
Dan, “Sesiapa taubat sebelum
matahari terbit dari barat, maka Allah akan menerima taubatnya”. HR:Muslim.
Demikianlah alamat ketibaan
peristiwa besar, iaitu kiamat yang akan menjelang tiba, matahari terbit di
sebelah barat, di mana pintu taubat telah dikunci kejat.
TAUBAT:
Wahai....
Para penjarah
Para pendurhaka
Hunjamlah ke
dadamu panji-panji penyesalan
Sepantas kilat
Kau putarkanlah
haluan sampanmu
Menuju ke
pangkalan abadi
Mandi di sungai
taubat
Mewangikan
badanmu
Yang kau lumuri
dengan najis dan lumpur maksiat
Kembali sebelum
pintu dikunci rapat
Bila alam
semesta gelap pekat
Dan matahari
muncul di sebelah barat
Menutup pintu
taubat
Penyesalan tidak
berguna
Taubat tidak
bererti.
Justeru
kembalilah segera ke pangkalan
Yang terang
benderang
Menuju bahagia
dunia akhirat,
Sebelum
terlewat.
X
“Sungguh Tuhan
mu adalah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia
besemayan di atas Arasy. Dia menutupkan
malam kepada siang yang mengikutinya
dengan cepat. Dia ciptakan matahari ,bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintah Nya. Ingatlah segala
penciptaan dan urusan menjadi hak Nya. Maha Suci Allah, Tuhan seluruh alam”.
Al-Araf[7]: 54.
Amin.
Kota Bharu,
Kelantan
11 April 2019.
No comments:
Post a Comment